Friday 26 December 2014

terima kasih sahabat :)

Seorang Perempuan di Jalan Terbuka
(khusus untuk perempuan bernama Hanis Nabila)

Seorang perempuan di jalan terbuka
Hidupnya susah hatinya gundah
Di depannya sudah berbagai rintangan dan uji cabar
Di kanvas jiwanya, terlukis dalam peta kelukaan.
Dari segenap uji cabar itu, azamnya dirempuh
Tapi semangatnya tak pernah padam.

Ada ketika asanya bagai hujan disejat mentari
Tapi kekontangan tak mencalar tekad dirinya
Seupaya itu dia memaksa jasad memerah keringat
Meneruskan larian di sepanjang ranjau perjalanan
Agar subur ranah perjuangan
dengan tangis embun pengorbanan.

Seorang perempuan di jalan terbuka
Walau dia tahu sahabatnya terpisah melata
Tetap tenang mengukir selingkar doa
hadir dari tulus serpihan hatinya

Kami sedia menemani,
Sentiasa setia mendoakan
Abadinya kan bertahun, selamanya kan terkenangkan
Kepada seorang perempuan di jalan terbuka
moga mercup iman di dada
Yang tulus mencari redha Tuhannya,

Selamat Maju Jaya.
Tajdid niat untuk agama.
 J

Kuih Seri Ayu



Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam

( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com

-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*

1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.

2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).

3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

resepi kuih cara

Bahan­bahan :

1) 300 gram tepung gandum (diayak) 
2) 1 biji telur (pukul hingga kembang)
3) 1 cawan santan 
4) 4 helai daun pandan (kisar dan ambil jusnya) 
5) ½ sudu teh pewarna hijau 
6) Garam secukup rasa 
7) Gula (untuk tabur)
8) Marjerin (untuk sapu pada acuan)

Cara

1)Masukkan tepung gandum dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
2) Bancuh santan bersama air daun pandan dan pewarna. Masukkan kedalam adunan 
tepung tadi sedikit demi sedikit.
3) Kacau dan tapis adunan agar tidak bergentil dan pastikan adunan tidak terlalu 
pekat atau cair. Masukkan garam dan gaul rata.
4) Sapu rata acuan bahulu dengan marjerin. Panaskan acuan. 
5) Masukkan adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit gula di atasnya.
6) Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.

Sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba semua 


Petua-Petua Tradisional Khas Untuk Perawan



Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan
(anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan
dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa
menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan
kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu
jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva
menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang
pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air
sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.
Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka
bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air
paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan
segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya
dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas
dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu
tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang
air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur
seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga.
Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak
panas.SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada
suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara
perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit
kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik
untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima setelah
berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

9. Petua Kembali Gadis
Petua 1 : Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut
dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan
airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan
diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air.
Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan
masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan
selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

10. Merapatkan Peranakan
Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka
selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas
dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah.

11. Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj
Petua 1 : Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair
kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping
daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit.
Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.

Petua 2 : Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan
sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau
berasa tidak selesa.

Friday 3 October 2014

edited song

Dear future wife
You'll need to learn if you want to have
Allah's pleasure in the Afterlife

Dear future wife
Don't worry about anniversaries
Cos I'll give you gift every day, you see
You don't have to be the perfect wife
Just the best wife that you can be

Dear future wife
You gotta know to respect me as a man
When I'm home from work feeling tired
Greet me with a smile and let me rest
Don't ask me questions like it's a test

Dear future wife
Don't be too unreasonable
And make me angry
I'd hate for you to be cursed by the angels
because of something silly

Dear future wife
You're beautiful to me
And I don't say it, please
I'll just stare at you
And quickly look away when you notice

Dear future wife
I would rather you be patient
As I try to be patient with you
Be grateful for whatever Allah provides us with
And know that a happily ever after is a myth

We'll work hard at it you see
And that tranquility and peace in the family
Is what I would hope for
As we work together for the pleasure of Allah 

-Khairy Farhan 

Sorry Nis. I just had to. 

Edit: Additional of the last stanza

Thursday 18 September 2014

In Syaa Allah

Hati-hati mengejanya ' IN SYAA ALLAH' dalam Bahasa Melayu 
insya- mencipta
Allah - Allah
= seolah-olah kita mengatakan Allah itu dicipta
in - jika
syaa - kehendaki
Allah - Allah
= sekiranya Allah mengkehendaki / mengizinkan  ini baru tepat.
nak senang, taip terus dalam bahasa Arab.
ان شاء الله
* sebenarnya, tiada masalah nak eja macam mana pun. yang penting kita faham apa yang kita nak maksudkan. Just dalam hal ni, seeloknya kita guna frasa yang tepat untuk elak kekeliruan dan kecelaruan akidah *
Allahu a'lam.

Wednesday 17 September 2014

Family and friends

 Assalamualaikum. Sorry, I really busy these days. That's why I simply ignore all those messages that I think, I should just keep them in views and look forward my priority. Anyway, I'll reply later whenever I'm free. ok?
 feeling guilty.

btw, I wanna share you all something.. 
First, a beneficial link that can help us recheck our essay especially our grammatical mistakes and spelling. Do try and share. It's fun !! ^^

->    http://www.gingersoftware.com/grammarcheck/

->    http://www.reverso.net/spell-checker/english-spelling-grammar/



second, this is a helpful link for us, as a preparation for that medical course's interview. :)

-> http://marcellamarcellus.blogspot.com/2012_03_29_archive.html?m=1





Friday 5 September 2014

Hukum Menggunakan Aplikasi Ramalan Facebook

Assalamualaikum..  wanna share something : 


مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
"Barangsiapa yang mendatangi peramal lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu nescaya solatnya tidak diterima selama empat puluh (40) hari."

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
"Barangsiapa yang mendatangi dukun lalu membenarkan ucapannya, maka ia telah kufur (ingkar) dengan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Katakanlah:"Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", (an-Naml:65)

* 'nak main-main je, nis' . Sahabat, matlamat tidak menghalalkan cara. Rasulullah larang kita MENDATANGI.. - apatah lagi mempercayai.

Jadi, hukumnya tetap haram. Qada' Qadar (takdir) kita, Allah yang tentukan. Berusaha dan bertawakal, bukan dengan melayan hiburan yang TIDAK dibenarkan syarak ni. Your laugh, your smiles, your happiness were not only meaningless but might also lead into syirik, kufur and murtad.
maaf, hakikatnya begitu 
نعوذ بالله من ذلك

Monday 1 September 2014

counselor's feedbacks.. thank you, sir. :)







Saturday 23 August 2014

YUHOO

Hye and Assalamualaikum to all my blogger's friend. sorry if this message make you all feel discomfort.
I just wanna tell you this :
Actually I just an ordinary student that come from a High Profile School, somewhere in Malaysia. In order to carry on and support our school Pre-University project a.k.a W.A.L.L (Web-assisted Language Learning) that will be present and launch somewhere in Putrajaya on November, our MUET's teacher (Malaysian University English Test) , asked us to have at least an English pen pal to improve our proficiency in English language. So, anyone here interested?? 
It is just for our learning actually (as students), not something to do with any professional matter. One of our MUET's teacher, will also fly to Korea in December. my classmates will have pen pal from Korean later. 
if you okay, can I know your age and full name? Do add my Facebook account, 'Nabila Amir (Nis)'  Thank you.

Monday 18 August 2014

abah sanggup beli motor baru and a cute mini aquaria utk nis, rasanya. sbb abah tahu yang nis suka warna biru dan ikan. mama pula hari-hari masak makanan yg nis suka, tapi nis jarang2 sentuh makanan tu sebab tak lalu makan. did they already know that all my smiles were actually fake, before? I cant lie anymore. forgive me abah, mama. I feel guilty. Only get 6A for SPM. didt get any matriculation nor IPTA.
only STPM my last chance, to prove that I can be like them one day !

Friday 18 July 2014

Tipu ?

Daripada ciplak gambar orang lain buat profile picture, better awak upload gambar pokok atau kartun pun tak apa  whats the point?..... nak berkawan, tapi tipu orang lain dengan kecantikan atau kekacakan yang fake atau palsu belaka. Tak cantik pun tak apa, yang penting ikhlas. Bukan kata persahabatan dan ukhuwah, jodoh pun boleh wujud dengan Social Media ni. Saya amat-amatlah hairan, tengok kat facebook, alahai, comel  tapi bila jumpa depan-depan, no comment.

Bukan soal 'keindahan' yang saya bangkitkan tapi ketelusan dalam menjalinkan persahabatan. Kata nak berdakwah, nak beribadah, tapi kata-kata tu tak melambangkan niat dalam hati, taknak lah cakap-cakap manis.. Seorang foreign professor pernah pesan kepada saya, 'say what you really wanna mean, and mean what you have said'. Prove it right to symbolize your own dignity and pride. Saya bercakap sebagai seorang kawan. Sorry sangat. Umur bukan penentu kematangan, tapi sikap anda sendiri yang menunjukkan kedewasaan. 

Thursday 17 July 2014

Muet Irshad Way

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat cikgu-cikgu, blogger, senior, junior dan batch 1996 terutamanya Irshadian Fantastix 0913. Saya nak berkongsi satu blog yang diuruskan oleh Sir Rosli, guru MUET di SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang. Blog ini telahpun saya kongsi di page pelajar STPM dan page https://www.facebook.com/PreUniversi, tetapi disebabkan rasa blog ni mungkin bermanfaat kepada rakan-rakan yang lain, saya kongsikan sekali lagi di blog saya sendiri.

Untuk pengetahuan anda, bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran MUET pelajar Pra-Universiti Irshad, Sir Rosli telah memperkenalkan kaedah pembelajaran W.A.L.L iaitu Web-Assisted Language Learning di mana, kami belajar dengan menggunakan teknologi maklumat, berhubung dan menghantar assignment melalui e-mail.

Sebenarnya, sistem W.A.L.L ini telah lama digunapakai oleh negara US (20 tahun) , UK (10 tahun) dan negara membangun yang lain cuma di Malaysia, kita masih lagi mencuba untuk mengaplikasi sistem ini sikit demi sedikit. Kami berharap agar, dengan adanya sistem W.A.L.L ni, pelajar-pelajar Pra-Universiti dapat melatih dan membiasakan diri menggunakan Internet sebagai alat bantu belajar dengan lebih menarik dan berkesan. In syaa Allah. Terima kasih.


Sunday 13 July 2014

Nisa' Al-Islam

kepetahan hujah seorang wanita mungkin mampu mendiamkan perdebatan 5 orang lelaki. Tapi paduan tenaga 5 wanita hebat di dunia belum dapat melawan kegagahan seorang lelaki. 

ya Allah, bantulah wanita Islam di sana.. 
* pray for gaza*

FACEBOOK.

Biarkan senjata makan tuan. Apa yang nak diragukan?? 
Sedangkan penubuhan group/page Fuck Israel pun, ramai Israeliat dah TAKUT,rasa terancam , malah petition mereka untuk delete group/page tu mendapat kutukan dari seluruh dunia atas sebab kemanusiaan dan hak bersuara. 

Cuba bayangkan kalau facebooker seluruh dunia gunakan FACEBOOK untuk kutuk ISRAEL dan bela GAZA dan negara Islam lain, I think that Israel will diminish and totally destroy. Nothing is impossible with Allah's will, and with Muslims' prayers as Ad-duaa silahul Mukmin. Trust is there. Beat them.

emm, Israel is actually (please check in wikipedia  ) serba salah juga nak guna perkataan tu, tapi secara umumnya, bila kita kata 'Israel' , kita fokuskan pada tentera 'against Islam' yang menentang Palestine dan Gaza sebagai negara Islam. Jangan keliru penggunaan kata di situ. Allahu aalam. Apa yang betul dan baik ialah daripada Allah. Yang salah tu, kelemahan diri dan kekurangan ilmu saya sendiri.

Friday 13 June 2014

 Assalamualaikum. alahai, dah berhabuk fb lama saya ni.. tapi rasa tenang bila online fb yang ni, tak pasti kenapa. Nak update blog, saya tak rasa yang orang akan baca. Jadi saya update di sini, facebook yang saya khususkan untuk kawan-kawan perempuan, seorang dua sahabat lelaki ( lelaki?  ya, persahabatan berlainan jantina itu ada, tetapi perlukan mujahadah yang tinggi dalam mempertahankan kesucian ukhuwah yang terbina ) dan sanak saudara yang rapat.

Hari ni, tergerak hati nak berkongsi seperkara.. Rasa rendah diri nak berkongsi, tapi jauh di sudut hati, saya merasakan bahawa saya perlu bercakap juga. Mungkin akan ada yang tersentuh, mungkin akan ada yang tak setuju dengan pendirian saya, tapi terpulanglah.

saya.. eh, rsa pelik. ^^' nis bahasakan diri, 'nis' la ya? senang sikit. hehe
em, nis jenis strictly privacy concern. so, dalam fb, dalam twitter, nis x ramai follower. bukan takda peminat.. just nis yang x suka keadaan mcm tu. bagi nis, kita hidup biar ikut resmi padi, makin lama makin menunduk. nis x suka ada terlampau ramai follower sebab nis tak yakin tentang status diri follower2 tu, nis susah nak percaya orang. lagipun, sometimes kita ni cepat perasan. bila ada ramai follower, ada ramai liker dan stalker, mula lah hati nak rasa riak dan bangga. kan? percaya la, perasaan tu akan wujud even 1%..

benda yang nis nak cakap.. sebenarnya.. tentang, 'muslimah update status islamik di facebook'.  dalam erti kata lain, berdakwah. kebelakangan ni, nis tengok, semakin ramai muslimah2 yang mncul di facebook. tak tahu datangnya dari mana. dan kalau diperhatikan, ya Allah, semakin berpurdah, maksud nis semakin kita nampak seseorang itu solehah, semakin ramai pula rijal atau syabab yang berserban komen2 di post2 tu. Komen2 yang lebih kepada niat untuk memikat.. niat untuk (geli nak cakap) cop calon istri pilihan lah kononnya~ 'bersabarlah sayang, sesungguhnya Allah bersama kita' ..

apa maksudnya, sahabatku? nis just terfikir, kalau kita betul2 nak bawa icon muslimah, perkara mcm tu tak sepatutnya lah berlaku. sedar atau tak, memang first2 kita berniat untuk dakwah, tapi lama kelamaan, ianya hanya menyumbang kepada fitnah. YA, nis pun pernah jadi mcm tu, sebab tu nis dah jarang2 post islamik. ada sahabat yang menegur, 'yang betul2 soleh dan solehah itu biasanya tersembunyi, hanis '.. dan nis setuju dgn kata2 sahabat nis tu.

di Irshad misalnya, yang betul2 soleh dan solehah, nis perhatikan depa amatlah tawadduk. dari segi percakapan, dari segi layanan, dri segi kepimpinan, subhanallah... tak begitu menonjol tapi merekalah insan2 yang tinggi martabatnya di mata nis. cara depa bercakap, mampu membuatkan kita menitiskan air mata... cara mereka memimpin, mendidik kita untuk menjadi seorang yang merendah diri... cara mereka melayan, kita always rasa happy, tiada istilah sakit hati.

tak salah kita berdakwah di facebook, twitter ni.. sayang. yang salahnya cara kita 'menonjolkan diri'. kita berpurdah, tapi yang komen2nya lelaki. kita berserban, tapi yang like-like tu terdiri daripada para hafizah2, para niqab2.. mcm mana kita nak jadi teladan yang terbaik utk kawan2 yang lain? ya, nis faham, kadang2 kita x minta kedaan mcm tu berlaku sebab fitrah insani, lumrah kehidupan, lelaki untuk wanita dan wanita untuk lelaki. lelaki lebih tertarik kepada wanita dan begitu juga sebaliknya.

tapi, jomlah, kita elak fitnah dunia. tak manis orang tengok.. sedar tak?.. 
nis takut kita lalai sebab dunia sekarang bukan mcm dulu lagi.. ramai menjadikan AGAMA untuk menarik perhatian yang berlainan jantina. kalau kita betul2 teliti, lelaki yang pakai jeans, berpenampilan biasa... wanita yg pakai tshirt, tudung biasa2, penampilan sederhana.... ramai ja yang islamik bahkan golongan ni lebih tawadduk dan.. Subhanallah, indah peribadi walaupun kadangkala ada sooleh dan soolehah yang mencaci dan perli. 

hm, entahlah, hati kita ni selalu berbolak balik. tapi ni pendapat nis untuk hari ni. maafkan nis. Assalamualaikum.

Thursday 12 June 2014

IPG :)

ujian amali :

tetiba teringat, 'Mad ' .. nis gagal terangkan hukum tajwid ni sbb tak tahu sangat2.. lagipun, masa tu nis masih pening dan konfius dgn dasar2 pendidikan, pelan2 pembangunan, isu-isu pendidikan yang dibaca sebelum interview. baca lain, yg ditanya lain.pastu, interviewer suruh plak demonstrasi cara tayamum, nis guna pelat penang sampai dia pening dgn bahasa nis. haha ^^'
then, kena baca doa apa xtau, berbelit-belit lidah nk sebut makhraj bagi betul. getaq xtau habaq. mau taknya, interviewer semuanya lelaki !! manjang duk perati orang, naik seram kita ni. pastu dia suruh baca text bahasa arab tanpa baris, hat ni memang nis ambil masa agak lama. kena detail dan faham dulu iqrob2 baru boleh sebut fathah ka kasroh ka dommah ka tanwin ka.. alahai, nasib baik ustaz muslim dan ustaz azli rajin ajar iqrob2 masa form 5 dulu. boleh jugak la baca text tu sikit2, walaupun nis perasan interviewer tu senyum2 sampai tutup mulut. (dalam hati : nak gelak , gelak ja lah, buat ayu pula tutup2 mulut, sakit hati I  )
pastu, dia bagi gambar muka gajah. kena tulis 1 ayat atas papan putih guna 10 perkataan tanpa titik. alaihai, imlak = bina ayat. dah la bagi gambar muka ja, x pandai nak kelentong apa. Terbit idea untuk tulis ' dalam gambar ini, terdapat ... ' (hehe, dah 4 ayat, kiranya just goreng 6 perkataan lagi) ... seekor gajah besar yang mempunyai sepasang mata yang comel dan mulut yang luas ' = ' fi haza surah, tujadu al-filul kabir 'indahu ainul jamilah wa faamun al-wasi'ah. '
'hahaha', terdengar si dia ketawa di belakang. *malunya!* mata comel? mulut luas? haha  whatever~~~ then ! tulis jawi, boleh tahan juga textnya... banyak perkataan 'fa' dan 'va'  susah juga nak bezakan tulisan jawi dulu dan jawi terkini. seingat nis, ada perkataan, 'festival' dan 'march'.
apa yg nis buat, cakap, lakonkan masa interview IPG dulu, semuanya secara spontan. involuntary action. byk nerves putus sbb tinggi sangat pressure. haha. tak sempat nak trigger impulses. tambah2, ni first time nis pi temuduga. Pendidikan Islam pula 1 subjek yg universal, kita x dapat nak jangka soalan apa yg bakal ditanya.. 
I've do my best. Apa pun keputusannya, nis redho dan cuba untuk tabah. nis puas hati sbb nis jumpa interviewers tanpa berpura-pura. nis berjaya jadi diri nis. setidak-tidaknya, nis ada pengalaman ditemuduga oleh lecturer2 IPG dan nis mampu berkongsi sedikit sebanyak tips kpd junior nanti. bukan tu saja, nis dapat ramai kawan baru yg baik hati. best sangat. Alangkah indahnya ~
my hope, is still there, IPG. InsyaaAllah  aamiin.
Im not good but ill always do my best. Abah said, 'beat them ! '. Yes abah, I did. In my own ways. smile. move on.
* Salam Nisfu Syaaban, 2.35 a.m. *

Wednesday 11 June 2014

make up?

'' kaknis, boleh ke kalau nak make up? ''

BOLEH, tapi JANGAN melampau-lampau, seperti video ni.  Rasulullah larang kita bertabarruj.
ustazah kesayangan kaknis kat Irshad ada cakap, boleh ja nak make up, nak pakai kasut tinggi, tapi jagalah apa yang sepatutnya kita jaga sebagai wanita muslimah.. SEBAIKNYA, elak lah make up, make up. Takut jadi zina mata. kalau nak make up juga, biar sederhana, untuk keyakinan dan penampilan diri. nak pakai kasut tinggi, better yg rata, jgn yg bertumit 'tajam' sehingga mencecah 3,4 inci. Sebab kasut high heel boleh menghasilkan bunyi = mnarik perhatian ajnabi.

Jadi hukumnya, 
1) harus (sederhana, solekan nipis, sekadar untuk keyakinan dan penampilan diri)
2) haram ( tabarruj, solekan tebal, menunjuk-nunjuk kecantikan kepada ajnabi)
Nak keluarkan hujah, tersangat la banyak. Hanya mampu keluarkan beberapa dalil dan hadis untuk renungan dan muhasabah bersama.

* Dalil :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[Surah An-Nur ; ayat 31]

* Hadis soheh :

Rasulullah saw sendiri pernah bersabda,
Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.
Dua golongan dikalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang mendorong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu bisa dicium dari jarak demikian dan demikan.

Allahu' aalam