Thursday, 19 February 2015

Dingin. Tenang. Sepi. Seperti biasa, dia berbaring sambil memandang dinding. Berpusing-pusing tetapi tidak pening. Kerana terbiasa. Memang itu tabiatnya sebelum memejamkan mata. Sebenarnya, fikiran dia sentisa melayang-layang seiring putaran kipas yang setia melawan jam.
Throwback. ‘ hanis, relakan kepergianku. Aku pergi belajar sahabat... mana mungkin aku melupakan kau. Kawan biar beribu, tapi sahabat, hanya engkau yang satu ‘ katanya. Nurul Akmal Nisa’, si kaca mata. Hanis tersenyum. Tabah. ‘ ya sayang, pergilah. Belajar rajin-rajin tau.. ingat, jaga iman, jaga diri, jaga hati ‘. Dia tak mampu membalas renungan mata sahabat itu. Hanya senyum memandang padang hijau di hadapan. Akmal memaut lengan kemudian memeluk hanis seerat-eratnya.
 ‘jangan tipu. Haha’. Ya, dia ketawa. Ketawa dengan gelagat hanis yang suka berpura-pura. Mata hanis yang sedari tadi bergenang, mengalirkan butir-butir permata. Syahdu. Rindu mula terasa. ‘dia akan berjauhan dari ku. Maaf teman, aku sayu kerana mula merasa sunyi, terasa kau bakal meninggalkanku keseorangan di sini’ hanya di dalam hati. ‘haha, mana ada tipu. Betul lah akmal, nis dah okay, jangan risaukan nis, apa-apa hal nanti, nis akan sms atau call mal’, handshake.
Akmal tersenyum manis! ternyata kata-kata hanis berjaya menutupi perasaan sebenarnya. Tidak suka dia berkongsi soal duka dengan rakan taulan. Biarkan sayu di hati dipendam, dia tidak sudi berkongsi air mata dengan sahabat-sahabat. Kalau boleh, nak happy-happy sahaja.
Muhammad Muhaimin. Mengingatinya membuatkan hanis mengingati Allah dan rasul. Kerana nama sahabat yang seorang itu. Muhammad. Muhaimin. Betapa cintanya hanis pada arjuna itu, hanya tuhan yang tahu. Hanya tuhan yang mengerti. Tautan cinta bukan kerana dunia, tapi kerana ukhuwah yang terbina. Cinta. Luas maksudnya. Bagi hanis, kasih-sayang dalam kalangan sahabat keranaNya itulah yang dinamakan cinta.  dia tidak pernah malu mengungkapkan cinta pada pemuda itu. Uhibbuka, fillah. Begitu mudah ungkapan cinta dilafazkan. Kerana. Dia sahabatku. Allah memelihara persahabatan ini.

pernah juga terlintas di fikiran hanis, ‘tak cemburukah suamiku nanti.. maafkan nis, sayang. Dia hanya sahabat. Tapi dikau permata hati, penawar sanubari. Syurgaku di kakimu. Hanya engkau yg satu, ’ ketawa kecil.  Dia tidak pandai berbicara soal hati. Lucu. Fantasi cinta dunia yang memusnahkan sebahagian besar impian kebanyakan manusia apatah lagi yang bergelar pelajar.
Bersambung..... 
Wahai puteriku........ aku seorang bapa yang sedang
berjalan memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian
dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku, banyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak,
menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu
syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah!!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu
jalannya.

Wahai puteriku,pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau
menyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita.
Tetapi ingat!
Bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju.
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri:
"Silakan masuk".......
dan setelah engkau kecurian barulah tersedar.

Ketika itu barulah engkau berteriak
"Tolong tolong.......aku kecurian".

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari
seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan
sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan kehormatanmu.
Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puterikuDemi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu
telanjang di hadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong....... bohong....... Bohong...... demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak- tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu wahai puteriku???
Renungkanlah!!!

Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau.
Dan engkau...., akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya.

Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.
Engkau sedih dan muram.
Engkau bingung dan gelisah.

Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan... diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan:

"Dia yang dahulu sesat, tetapi sekarang sudah bertaubat".
Tapi engkau?

Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni
dosamu.

Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas...
Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya

Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya
Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.
sudah itu...., dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.

Wahai puteriku.......
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita:
"Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik".
Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga
raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.

Aku mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi, kekayaanya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya. Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya....... dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pasti semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.

Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista, pasti dengan segera lelaki itu pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Seorang pemuda jalang yang rosak dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dikahwini dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang, pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang isteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.

Puteriku....., suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan, penyebabnya adalah kerana kesalahanmu sendiri.

Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga
adalah kerana perbuatanmu!

Lantas, kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?
Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?

Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki.
Kamu sebagai wanita terhormat, mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama, pada akhirnya
akan menjadi mangsa dan korbannya.

Hampir di setiap rumah di negeri Syam terdapat gadis-gadis pada usia yang layak berkahwin belum
mempunyai calon dan gadis yang sudah lewat usianya belum juga bersuami.


Para pemudanya merasa puas dengan hanya berpacar-pacaran dan bergaul bebas daripada beristeri.
Mungkin keadaan seperti ini juga terdapat di negara-negara Islam yang lain.

Wahai puteriku.......
Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya
terdiri daripada para cendiakawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran.

Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan
tidak rasa takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya.

Kalau mereka tidak juga peduli, berikan penjelasan dan contoh-contoh kenyataan yang ada, katakan
kepada mereka:

"Anda remaja cantik, ramai pemuda yang tertarik dan mengharapkan anda. Kecantikan anda seperti
sekarang ini apakah akan terus bertahan?

Bagaimana nasib anda nanti setelah tua?
Ketika muka anda sudah kerepot dan badan membongkok?
Siapakah nanti yang akan menguruskan anda?
Siapakah ketika itu akan memperhatikan nasib anda?
Tahukah anda, siapa yang akan menghormati dan memuliakan orang tua yang tidak berdaya lagi?
Hanya anak dan cucu-cucunya!

Di tengah-tengah mereka, orang tua sepertinya menjadi ratu di antara rakyat, bermahkota, duduk di singgahsana.
Bagaimana nasib anda nanti jika terus begini?
Bagaimana derita anda di kemudian hari?
Anda lebih tahu dari kami.

Cuba anda renungkan...

"Apakah boleh disamakan lazatnya berhubungan yang sebentar sahaja nikmatnya
itu dengan penderitaan-penderitaan anda?
Apakah patut, harga kegadisan anda dibayar begitu murah dan penderitaan anda setelah itu ditebus
dengan harga sebegitu mahal?

Saya rasa, anda cukup mampu mengarahkan dan memberi petunjuk pada kawan-kawan yang tersesat dan perlu dikasihani. Saya tidak perlu berlama-lama memberi bimbingan kata kepada anda. Saya yakin anda sendiri tentu telah mempunyai banyak bahan untuk melakukan penyelamatan.
Sekiranya segala usaha penyelamatan yang dilakukan kepada mereka tidak membawa hasil. Ya cukuplah....... anda perlu menukar sasaran. Lakukan penyelamatan kepada mereka yang belum terkena. Cegah mereka dari serangan penyakit menular itu. Pada umumnya, penyakit seperti itu mudah menyerang wanita- wanita lalai dan gadis yang menginjak dewasa. Bimbinglah mereka agar tidak tersesat jalan.

Apa yang anda lakukan adalah secara bertahap. Saya tidak mengharapkan anda mengajak para wanita Islam melakukan perubahan yang drastik, sekali nasihat terus berubah menjadi muslimah sejati. Segalanya hendaklah dengan wajar, perlahan dan mencapai sasaran.

Biasanya, adalah mustahil dengan memberi sekali kefahaman kemudian dapat mengubah haluan. Kembalikanlah dia kepada kebaikan selangkah demi selangkah, sebagaimana dia sebelumnya sedikit demi sedikit menuju kepada kejahatan.

Kamu semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan di tangan. Kamu juga menipiskan kain tudung. Dan prosesnya berjalan perlahan-perlahan selama berabad-abad.

Sebaliknya, kaum lelaki tidak melihat dan merasakan perubahan itu seperti apabila kita perhatikan jam dinding, kita dapat lihat jarum pendek seolah-olah tidak bergerak.
Tetapi apabila anda datang setelah dua jam anda akan melihat jarum itu bergerak. Begitu juga peralihan dari masa kanak-kanak menjadi remaja dan usia muda kepada tua, seolah-olah tidak boleh diikuti dengan indera.

Demikanlah juga berubahnya satu umat manusia, dari satu keadaan kepada keadaan lain yang berlaku secara berperingkat.

Majalah dan suratkhabar perosak akhlak terus beredar dan semakin meluas.

Para penganjur kerosakan moral bersorak gembira kerana berjaya meraih kemenangan besar dalam pertandingan. Kini, kita telah sampai pada batas yang tidak lagi diredhai islam.

Jika anda membaca sejarah, anda tidak akan menemui keadaan seperti ini.
Bahkan kaum majusi pun tidak mengenali kebebasan yang sedemikian itu.
Binatang yang tidak mempunyai akal pun, tidak sehina manusia masa kini.
Dua ayam jantan akan bersabung mempertaruhkan nyawa untuk berebut ayam betina demi menjaga kehormatannya.

tetapi manusia, dengan dalih kebebasan mengorbankan harga dirinya.

Dijual dengan harga yang murah tubuh dan kehormatannya.
Kita ambil contoh yang dekat saja, tak perlu melangkah jauh ke negera-negara Barat.
Kita pergi ke pantai dan lihat betapa wanita-wanita muslimah mempertontonkan tubuhnya. Hampir seluruh tubuhnya diperlihatkan. Kecuali dua bahagian yang tertutup. Malah ada yang lebih berani membuka bahagian atasnya. Tontonan seperti itu ada di mana-mana. Di negara muslim atau di negara yang majoritinya muslim.

Di tempat pesta atau kelab malam di mana keluarga "moden" datang, menari berganti pasangan, saling bertukar isteri untuk bergoyangan dan berpelukan, berhimpitan dada, perut dan menggenggam tangan. Tidak ada perasaan malu dan memberi harga kepada diri mereka sendiri.

Di sekolah atau universiti, terdapat juga pergaulan bebas. Para puteri membuka sebahagian aurat tanpa pencegahan ibu bapanya.
Contoh-contoh seperti yang aku sebutkan itu hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku.
Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang beraneka ragam yang pasti anda juga melihatnya. Semua itu tak mungkin diubah sekelip mata. Maka kita memerlukan cara khusus dan proses waktu untuk menghilangkannya. Jalan yang tepat yang perlu ditempuhi adalah kembali kepada hak dan kebenaran dengan melalui jalan yang boleh membawa kepada kebaikan. Jalan tersebut memang memakan masa yang lama dan lambat. Tetapi itulah satu-satunya jalan yang mesti dilalui.

Usaha awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. Bagi wanita yang bergaul bebas tetapi masih memakai tudung dan menutup aurat, penggarapannya lebih mudah. Mereka yang bertudung diusahakan agar tudung dan pakaian muslimah yang dipakainya tidak diniatkan untuk meningkatkan kecantikan dan menggoda lelaki.

Perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas adalah:
Seorang wanita menerima tetamu lelaki di rumahnya.
Manakala di tempat umum, berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.
Bersama-sama pergi atau pulang dari sekolah (kuliah, berbual secara bebas, berkumpul dengan dalih belajar bersama).
Semua itu tergolong dalam pergaulan bebas.

Dan ini merupakan sumber malapetaka kehancuran akhlak.
Cara pergaulan seperti itu dianggapnya biasa.

Dia lupa bahawa Allah menciptakannya sebagai wanita dan yang lain ialah lelaki.
Masing-masing mempunyai kecenderungan dan daya tarikan. Tidak ada satu makhluk di muka bumi ini yang dapat mengubah ciptaan Allah atau membuat persamaan di antara keduanya ataupun menghilangkan kecenderungan (hasrat) dari pihak masing-masing.

Wanita-wanita menganjurkan persamaan hak dan pergaulan bebas, menuntut persamaan di atas dasar kemajuan dan tuntutan zaman adalah pembohong besar. Mereka sebenarnya hanya mencari kepuasan nafsu sahaja. Mereka beranggapan, bahawa kaum lelaki lebih mendapat kenikmatan daripada wanita. Kerana itu mereka berusaha untuk merasakan kenikmatan itu.

Mereka tidak berani untuk menyatakan secara terang-terangan.
Mereka sembunyikan hasrat itu dan yang ditonjolkan ialah isu "tuntutan zaman", "seni dan budaya", "kehidupan kampus", "alam mahasiswa atau pelajar", "semangat kesukanan".

Mereka gembar-gemburkan perkara ini seperti suara beduk kosong yang tidak membawa sebarang pengertian.

Hak yang mereka tuntut adalah batil. Mereka menjadikan Amerika dan Eropah sebagai kiblat dan pemimpin kemajuan.
Apa-apapun yang datang dari sana maka itu adalah baik dan tepat.

Eropah mengirimkan tarian, diterima!

Mengirimkan model pakaian telanjang, ditiru!

Percampuran bebas di kampus, mempertontonkan paha dan dada di kolam renang dan tepi pantai dipandang wajar.

Sebaliknya, yang datang dari timur dipandang jelik dan batil, walaupun itu adalah pancaran dari suara masjid, bimbingan dan tuntunan agama, kehormatan dan harga diri, kebersihan dan kemuliaan jiwa, hati dan jasmani serta penutupan aurat sebagai pelindung dan harga peribadi muslimah.

Kita sebagai orang timur menerima mentah-mentah apa yang datang dari barat. Tapi sebahagian orang barat menolak "produknya" sendiri.
Masyarakat Eropah dan Amerika, sebahagiannya menolak pergaulan bebas. Mereka sangat menjaga pergaulan anak-anaknya.

Di Paris, kebanyakan orang tua melarang puterinya keluar bersama pemuda untuk ke pawagam misalnya. Ada juga yang muak jika menonton filem lucah.

Di Amerika, ramai orang tua yang memilih sekolah khusus untuk puteri untuk anak-anak gadisnya. Mereka takut untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah yang bercampur dengan pemuda. Mereka juga mengawal jika puteri-puterinya pergi berenang.


APAKAH PERGAULAN BEBAS DAPAT MEMBENDUNG GELOJAK NAFSU SYAHWAT?
Mereka menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti "mulia" dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.

Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya.

Kita tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.
Rusia, negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat ulama, paderi
atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan bebas.

Amerika, negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat.
Lalu, di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan seperti di atas?
Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara kita?
Apa yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda.

Para pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini.
Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat.
Aku hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat.
Kerana engkaulah yang bakal menerima akibat, engkau yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis.

Janganlah engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan
"Persamaan dan Kebebasan",

"Kemajuan dan Modenisasi",

"Kebudayaan dan Kesenian",

"Kehidupan Kampus",

"Alam Pelajar dan Mahasiswa".

Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya akan menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.
Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri.
Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri.
Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku.
Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri.
Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda.
Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu?

Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu.
Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati.
Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.

Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan engkau mahu mendengar.
Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki.
Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan.
Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan
menjadi baik.


Amaran : Status ni sangat panjang . Hope Memberi kesan 
Luahan Hati Seorang Lelaki 
Assalamualaikum,
saya minta maaf.
dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni,
itu mungkin cerita awak sebagai perempuan,
tapi percayalah,
tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.
sejak dari sekolah,
saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram,
bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..
tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.
tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,
sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde,
adui, camne nak jaga iman ni?
tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint',
mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~
lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.
mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?
satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je...
yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'
saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa...
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak. 
dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.
err.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?
'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.
'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.
entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,
tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?'
saya dan dia dah ter'couple',
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.
please, sama-sama jaga diri...
satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.
terpukul.
terpana.
terasa.
semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?
Astaghfirullah.
kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?
saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
...ikut nafsu.
sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.
saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.
saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,
saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.
saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!
banyaknya dosa saya.
:"(
Allah,
Allah,
Allah.
saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.
.
bila dah tenang sikit,
saya 'text' dia,
'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...' 
dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.
saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.
sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia.
saya tak nak berpaling lagi.
dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki,
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.
jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak.
dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.
doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam redhaNya.
Insha-Allah.
sharing is caring

usia semakin bertambah
begitu juga tanggungjawab kita sebagai hamba Allah
bertambah mengikut usia~
1.IMPROVE YOUR SEARCH ENGINE SKILLS. berlatih guna google,google scholar dan google drive dan gmail. Benda2 ni kadang2 effect KUALITI ASSIGNMENT.

2.IMPROVE YOUR STUDY SKILLS. zaman IPT bukan race sapa hafal paling byk dia skor. Dia tak akan skor camni. Dia akan ada assignment+quizzes+test+final exams yg semuanya markah dikira utk gred anda. JADI, google lah cara2 nak study smart cemana.(Ada 1 junior grup ni PM sya psal right-left brain usage,kudos to her   itu cara org nk berjaya,selangkah ke depan dri org lain!)

3. Google dan jawab KUIZ TENTANG PERSONALITI STUDY (study type quiz) ini sgt mmbntu sbb stiap org xsama cara dia. Ada yg auditory/visual/active dn sbgainya. jadi cari dan gali cara anda.--seblum kenal dan lpas knal type saya, sya improve dri 3lbih ke 4.00 msa matrik so yeah,it helps a lot! --

4. Tengok YOUTUBE pasal armando hasundungan (bio) khan academy (science and account) dan beribu lagi video pendidikan yg superb dan sgt mmbntu utk study byk dlm masa singkat. (Masa test bru2 ni sya study 5jam sja tpi alhamdulillah skor sbb mudah gna vdeo2 ni)

5. IMPROVE your english. Like or not,english is vital 90% of your IPT years is studying in ENGLISH. all assignments I've ever done is In ENGLISH. Do online test and google tips to improve!
Kalau perasan,kelima2 ini semuanya saya suruh guna internet. Kenapa? Sbb saya dh nampak kebanyakan MELAYU yg masuk degree xpandai nak guna internet dgn berfaedah. Fb je biasanya yg kita guna. So ubah diri dan jadi bangsa berjaya!
assalamualaikom.. adik2, ni ada sdikit perkongsian .
actually, dlam kita nak belajar+menuntut ilmu nie, tak kisahla kat manapun.. nawaitu kita tu yg plg penting. nawaitu kita lah yg merupakan tonggak ke atas segala2nya.. pasang niat nak p belajar tu btol2..lillahitaala.. n mindset kena jaga. acap kali abg tgok kebanyakan dripada adik2 suka bertanya soalan mcm nie.. "eh, masok pusat pengajian ni ok ka eh?, tak susah ka course ni eh?. , eishh , mcm susah ja, mcm cuak ja, mcm takot ja nak ambek course nie.. , eh, ramai cakap masok sini pengajian tak terjamin lah, n bla3 ". adik2, kdg2 kita ni suka sngat dengar ckap org yg mengatakan benda tu susah, benda ni susah..kta terlalu pegang pada kata2 org mengenai keburukan akan sesuatu tu.. supposely, kita kena cari org yg berjaya.. yg dah buktikan bhawa beliau telah pun berjaya setelah mengaji kat sekian2 tempat pengajian @ course2 tertentu.. org2 mcm ni yg kita perlu cari.. n kata2 positif dyorang yg kita perlu pegang.. bukannya lebih nampakkan kata2 oryg bercakap negatif pasal sesuatu hal itu. nampak tak?. mindset ni amat penting.. selalulah ajak diri kita sndiri utk positifkan minda .. n perkataan2 yg tak bgos tu, tlg remove dari kamus hidup korang.. kita sendiri yg tau kemampuan kita?.n kita sendiri jgak yg mampu meningkatkan prestasi kemampuan kita..then, tlg jadi org yg tetap pendirian n selalu memotivasikan diri ke arah kecemerlangan. okeyh?. dalam tempoh beberapa hari shaja lagi yg tinggal sebelum korang sambung pengajian ni, abg nasihatkan korang teguh+ kukuhkan jati diri korang.. persiapkan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran bila smbung ngaji kelak.. dalami ilmu agama bnyak2. supaya nanti dpt hadapi cabaran yg datang dengan benar2 bersedia.. n supaya nanti tak akan ada 'culture shock' dalam kamus hidop korang.. keyh?. orite.. mintak maaf kalau ada tersalah bicara dala kata2 abg ini.. abg doakan korang smua berjaya dalam apa jua bidang yg korang ceburi.. insyaALLAH.. ingat DUIT . Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal.. insyaALLAh kejayaan menanti anda semua



UJIAN PERSONALITI
ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..
Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini
Situasi:
Anda berada di dalam hutan 
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?
sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu
(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)
anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)
anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.
pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?
(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?
anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)
atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? 
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]
Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. 
(10) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)
(11) kotak itu diperbuat daripada? 
(cupboard/ kertas / kayu / logam)
tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(12) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)
Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(13) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)
(14) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)
(15)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?
Berikut adalah tafsiran: 
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.
(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar
(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah
(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik
(5) rumah 
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded
(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye
(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda
(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah
tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!
(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda
(10) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi
(111) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri
(12) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman
(13) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.
(14) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal
(15) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?
Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan
(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.
Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...
sy suka quetions number dua dan tiga.... hmmmmm XD