Saturday 26 May 2012

wanna be like this ! ^^ can i?

It happened in Abha (the capital of Asir province in Saudi Arabia)


Add caption

“After performing Salat Al Maghrib, she put her make-up, wore her beautiful white dress preparing herself for her wedding party, Then she heard the Adhan of ‘Ishaa and she realized that she broke her Wudu
she told her mother : “mother, I have to go to make wudu and pray ‘Ishaa”

Her mother was shocked : “Are you crazy?!! Guests are waiting for you, to see you! what about your make -up? It will be all washed away by water!!” then she added:

” I am your mother and I order you not to perform salah now! wallahi if you make wudu now, I will be angry at you”

Her daughter replied :”wallahi I won’t go out from here till I perform my salah! Mother you must know that “There is no obedience to any creature in disobedience to the Creator.”!!

Her mother said:”what would our guests say about you when you’ll show up in your wedding party without make-up?! You won’t be beautiful in their eyes! and They will make fun of you!”

The daughter asked with a smile :”Are you worried because I won’t be beautiful in the eyes of creations? What about my Creator?! I am worried because, if I miss my salah, I won’t be beautiful in His eyes”

She started to make wudu, and all her make-up was washed away, but she didn’t care.Then she began her salah and at the moment she bowed down to make sujud, she didn’t realize that it will be her last one!

Yes! She died while in sujud! What a great ending for a Muslimah who insisted on obeying her Lord! Many people who heard her story were so touched!!

She put Him and His obedience first in her priorities, so He granted her the best ending that any Muslim would have!

She wanted to be closer to Him, so He took her soul in the place where Muslim are the closest to Him!

[True strory told by Shaykh “Abdul Mohsen al Ahmad”]

Subhana Allah!

She didn’t care if she would be beautiful in the eyes of creatures so she was beautiful in the eyes of Her Creator!

O Muslim sister, imagine if you are in her place! What will you do? What will you choose : pleasing creations or your Creator?

O dear sister! Do you guarantee that you will live for the next minutes? Hours? Months?!!

No one knows when their hour will come? Or when will they meet angels of death? So are you ready for that moment?

O non hijab sister! What do you choose : Pleasing yourself by not wearing Hijab or pleasing your Lord by wearing hijab?

Are you ready to meet Him without Hijab?

And what about you, sister who are “in relationship” or “open relationship”, are you ready to meet your Lord today?

Tomorrow?!

What do you choose pleasures of this Dunya or pleasures of akhirah?!

May Allah guide us all to what pleases Him and grant everyone who is reading these lines good ending, Ameen.

SHARE IT for the sake of Allah..

Friday 18 May 2012

hanya pada ALLAH :)

Kadang-kadang ,
Ada perkara yang perlu kita jaga .
Yang harus kita simpan baik-baik , dan sebaiknya tidak diwar-warkan pada umum .

Mengadulah pada Allah ,
dan hanya kepada-Nya tempat kita meluahkan segalanya .
Kerana hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenteram .
Jiwa akan tenang .
InsyaALLAH....

kita serupa.. :)


Sememangnya, orang yang PAKAI KOPIAH dan BERTUDUNG labuh seringkali menjadi 'perhatian'. Walau SALAH SEDIKIT, orang akan nampak dan PERBESARKAN benda kecil. Walau buruknya sedikit, orang akan mengata dan memalukan. Itu biasa. Kerana dia berkopiah dan berjilbab, maka orang pandang dia 'sempurna'. Mereka itu terlupa, bahawa orang yang berkopiah dan bertudung labuh itu juga manusia sepertinya. Sudah tentu ada tersalah silapnya. Maka, sepatutnya mereka itu menegur secara berhikmah bukan menghukum mngikut hati & perasaan mereka.Dan sememangnya jika manusia yang menilai, kita ini akan muflis semata. Itulah hakikatnya dan SEMEMANGYA kita TIDAK akan PERNAH sempurna DI MATA MANUSIA kerana ALLAH sahaja yang TAHU NIAT seseorang itu.

aurat................:)

Ramai orang anggap, tutup aurat tu maksudnya pakai tudung. Tapi sebenarnya, kalau dah pakai tudung, belum tentu lagi dah tutup aurat dengan sempurna. Tudung tu cuma salah satu cara 
untuk tutup aurat. Ada banyak lagi bahagian lain selain rambut yang dikira aurat.

Jadinya bila kita cuba pakai tudung, cuba juga cari pakaian yang match dengan penampilan bertudung kita. Cuba tengok dalam almari kita, asingkan baju mana yang boleh dipakai keluar rumah, baju mana yang sesuai untuk dalam rumah je. Tutup aurat jugak maksudnya kita cuba jaga cara pergaulan kita dan akhlak kita. Usaha tu kena ada dan dimulakan dengan diri sendiri. InsyaAllah Allah bantu dan mudahkan semua niat baik kita..Amin

haha..

♥ Gadis yang garang sebelum kahwin, insya-Allah, gadis yang sangat manja dan romantis, selepas kahwin. ♥

Kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya, ialah akhlaknya. ♥
Dan kerana manja dan mengada kepada suaminya, ialah kewajipannya ♥

cheer up , hanis! :)

✿ buat apa nak MENANGIS pada orang yg telah MENYAKITIMU,
buat apa nak KECEWA pada orang yg telah MEMUSNAHKAN harapanmu,
buat apa nak LEMAH pada orang yg telah MENJATUHKANMU,
buat apa nak IKUT perasaanmu yg terlampau SEDIH..

Namun...
seharusnya kamu perlu belajar SENYUM bila orang menyakitimu,
belajar BANGUN tika orang memusnahkan harapanmu,
belajar KUAT bila orang telah menjatuhkanmu,
dan kamu seharusnya belajar LAWAN perasaanmu yg sedih dan jangan mudah mengikut kehendak perasaan yg akhirnya menjerat dirimu sendiri..... ♥



:)

BESARNYA NIKMAT IBU MENGANDUNG.
BESAR JUGA TANGGUNGAN SEORANG SUAMI/AYAH.

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA........

Wallahu'alam 

subhanallah... :)

( Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan ))

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

hm..

HARE cerita ini dengan harapan semua yang melihat cerita ini akan mendapat kebaikan pada cerita ini...Semakin banyak SHARE, maka semakin ramai orang lihat cerita ini, dengan itu semakin banyak kebaikan yang disampaikan ♥
...................................................................

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda..

my ambition.. wanna be a paediatrics :)



10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji

renungan bersama.. :)


11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


♥ Jangan lupa tekan share ye :) ♥

abah...

~APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH~

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

renungan bersama.. :')


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

duhai wanita.. :)

"wanita Mulia itu wanita yang tidak memandang dan tidak di pandang." Maknanya tidak suka dilihat atau di perhatikan oleh laki laki yang bukan Mahrom, merasa tidak senang jika di perhatikan sama yg bukan mahrom,
Jika ia keluar rumah dengan menutup aurat, tidak pamer kecantikan, tidak dandan dengan berlebiahn.


"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga PANDANGANNYA dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat... ( An-nur :31)