Thursday 15 January 2015

hehe :)

emm, ada jugak 3,4 orang sahabat tanya2, 'nis, hang Islamic stream kan, awat jarang gila post-post atau bagi respon kalau ada isu semasa apa-apa?', haritu masa usrah pun, adik-adik usrah tanya benda sama gak, 'kenapa kaknis bla bla bla... ' ^^'

ni syg, ceq nak habaq, sebenarnya cmni tau, semakin ampa belajar mendalam tentang agama ni, ampa akan ada rasa cm takut nak bagi pendapat sendiri atau berkongsi ilmu. bukan sebab pengecut, bukan sebab kedekut, tapi benda melibatkan akidah dan syarak ni bukan boleh buat main. kita belajaq tak habis lagi, contoh la.. isu transgender. senang cakap, isu tu berkait 3 bidang (more or less) , syariah - law - psychology. ada argument dia, dan ada kod-kod undang-undang di situ. aku pun tak berani jelas lagi isu tu, dan aku dalam bidang syariah, bukan law. jadi aku tak boleh nak memandai-mandai komen apa-apa. andai aku ada double degree first class, tu lain cerita :)

isu cadbury.. hai yang tu lagi susah.. siap dengan kajian sains, chemical so on. so I wanna zip my mouth. isu baru-baru ni video seorang muslimah hat beri kenyataan seumpama pegangan jabariah tu, hok tu lagi la aku tak berani nak komen. hahaha. sbb mungkin dia main cakap je, dia x belajar benda tu, entah2 jabariah pun dia tak tahu. :) husnuzhon la... apa yg aku boleh cakap, Allah... kalau rasa diri sendiri pun tak betul lagi, kita seimbangkan dulu apa yg patut, kita belajar dulu apa yg patut, nanti bila dah ada keyakinan mantap, haa time tu baru kita bertindak.

aku duk tengok sekarang ni, ramai hat jenih duk taqlid dan talfid.. bahaya sebenarnya. emmm, entah la. May Allah guide us towards success fiddunyaa wal aakhirah.

*peace yaw* hm, sedih. malu. :) #kpop


Wednesday 14 January 2015

Raudhah Arina.. Secantik namanya :)

Pesan seorang Murabbi,
"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud). Bila kita punya hati yg sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar. Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'. Dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.."

Jubah Graduasi Agenda Yahudi??

ustazah usuluddin pernah cakap, '' masa graduate, perasan tak, yang berserban pun akan pakai jubah dan topi graduasi ? sebenarnya secara kita tak sedar, design jubah graduasi kita tu hampir-hampir menyerupai pakaian paderi-paderi dan biarawati-biarawati Yahudi dan Nasrani. Muslim yang berserban pun akan buka serban untuk pakai topi dan jubah tu "
Saya terfikir, betul juga apa yang ustazah kata, protokol untuk bergraduasi sedikit sebanyak menjerumuskan orang-orang Islam untuk 'masuk' ke dalam 'suasana' kekafiran ' . Kita pakai macam tu and then bersorak kononnya gembira dengan kejayaan tetapi kadang-kadang wujud perasaan riak dengan gambar-gambar graduasi yang kita ada. Allahu aalam. ~
*mengeluh panjang... benarlah kata-kata sahabat yang selalu menyapa angin lalu
'kau tidak kisah?'
'tidak.. kerana itu menjadi kebiasaan'
mungkin apa yang dimaksudkan sahabat saya itu, 'kebiasaan' yang mustahil untuk diubah, membuatkan dia putus asa untuk amar ma'ruf, nahi mungkar? begitu?? smile emoticon ataupun sekadar coretan tanpa tindakan?

Tuesday 13 January 2015

STPM

Rasa best pulak stpm sem2.. hihi, betul. tak tipu ! 
even antara kami masih ada yg still cm kejap2 up kejap2 down (including me), walaupun sukatan pelajaran agak susah, soalan exam semakin mencabar pemikiran, rasa sweet sebagai pelajar stpm ni terbit pelan-pelan. kami saling beri semangat, kami faham antara satu sama lain, keyakinan dan motivasi pun boleh dikatakan makin bertambah, hubungan kami dengan guru-guru macam anak dengan mak ayah (bukan manja but Im just feel different being treated by theachers like that), kami dilatih berfikir aras tinggi, and macam-macam lagi skill yang mungkin pelajar IPT lain takkan dapat. kalau ada subjek yg susah, 'weh, susah'.. kawan-kawan di tepi akan bagi semangat, 'rilek-rilek, pelan pelan..in syaa Allah boleh'. kadang2 ada isu yg membuatkan classmate mengalirkan air mata, kami pun akan turut bersedih. kalau sorang classmate kena marah, satu kelas rasa bersalah. kadang2 bila benda yg kami dah rancang elok2, tetiba diuji benda tu musnah, musibah tu tak menyebabkan kami pecah belah, malah kami lebih kuat untuk bersatu dan terus cuba maju secara bersama. and I dont hesitate to tell you, THANK YOU    

STPM yukk !

hey you, stpm's candidatess.... syhhhh.. I wanna tell you something~
tau tak, tadi nis saja2 usya (read :stalk) kawan-kawan kat matrik, asasi, diploma, kolej.. ramainyaaa dapat 4.0 result sem 1, ramai gak dapat band 5 Muet..

hahahaha, kita apa cerita weh?? aduhh, ternganga sat :) hmm, memang tak boleh dinafikan lagi, exam kita susah, seriously I do feel lost hope, sebab tu semangat nak teruskan form6 ni sat up sat down. tapi tapi bila difikirkan dalam-dalam, stpmlah jalan yg tepat, dengan syarat kita jangan buang masa dah.

cuba ampa fikir, after all what we faced for these two years and we thinking of 'quit'?? it's just like a double-stupid action lah. kinda coward. tak rase? penat-penat kita berdebat dengan mentaliti majoriti komuniti yg cakap kita ni tercicir, not talented, dumb brain and kita nak fade up di saat-saat sepatutnya kita buktikan kejayaan kita?? :) Think twice. alang-alang dah sem 1, biar sampai habis sem. in syaa Allah, there're something sweet later. status cmni mungkin akan dibash pelajar bukan stpm tapi tak apa, at least we understand each other and unite toward success.

'aku tak pandai, nis'. please, dalam dunia ni takda yg pandai, takda yang bodoh. kalau kita berusaha, in syaa Allah, kita akan dapat !! buang sifat malas, rajin-rajin kan diri untuk maju. persaingan itu perlu.


Monday 12 January 2015

http://ilovehishmatheblog.blogspot.com/2011/05/maternity-must-for-muslimahs-hadith.html 

Muslim Nurse

'' Help needed! I am invited to talk about nursing/bonding in Arab countries as a doula and I used to live in Cairo for a decade, but I don´t have the religous background for this field. Can you give me some inputs/quotes reg. Holy Quran and Sunnah in English, please? Shocran gezilan my dears. ''
a non-muslim nurse asked something regarding our deen and Im kinda... SubhanaAllah, that's why I invited those who interested to join the group. Not so active but it's worth. We can exchange knowledge while spreading dakwah in the same time
 — feeling loved.

Sunday 11 January 2015

KIV 1

Assalamualaikum, mohon pendapat :) Apa peranan guru dan pihak sekolah dalam menangani masalah pelajar yang taksub dengan budaya barat, khususnya minat kepada Kpop dan artis-artis luar negara yang mengamalkan gaya hidup membelakangi budaya rakyat Malaysia.

*isu semasa*

- selain tindakan disiplin ; merampas majalah-majalah dan buku berunsur bahan 'sumbang'.

Saturday 10 January 2015

Isu KPOP

 akak nak tanya, korang minat KPOP.. ye, memang tak salah, tapi antara artis KPOP dengan rasulullah, siapa yg korang banyak ingat?
antara buku majalah KPOP dengan alquran, apa yg korang selalu baca?
antara video KPOP dengan video ceramah-ceramah agama, which one you prefer?
dan antara budaya Islam dan budaya Barat, apa yang anda pilih?
isunya sekarang ni, benda ni melalaikan. di mana perasaan malu seorang muslimah? penuh facebook korang dengan gambar-gambar KPOP. alangkah bagusnya kalau facebook kita dipenuhi gambar-gambar masjid, gambar-gambar ayat al-quran, gambar-gambar yang lebih bermanfaat dan lebih berguna untuk keperluan dunia dan akhirat.
dan apa yg anda runsing sebenarnya? marahkan insan2 yang menegur? ataupun marah sebab artis-artis Kpop yang diagung-agungkan tu disalahkan?

nursing issues, my opinion

as my passion dalam bidang nursing (minat je, hahaha, skrg study course lain  ), memang isu nurse lepasan degree dan diploma ni hangat di blog2 dan websites tentang health and medication board. after all, sy pun rasa SPA lebih menjamin tapi kena betul2 struggle time study, kena betul2 perform time practical. LJM test tu buat elok2, the BEST , buat yg paling2 terbaik, disebabkan persaingan hebat. dari segi gred to be a sister and matron, memang KKM pentingkan@utamakan skills (+knowledge+experiences) dripada pengetahuan (fresh degree nursing student). selalunya yg jadi sister 30 above and yg jadi matron, I guess dalam 42 above.. sbb sy pernah bersembang dengan seorang matron, katanya mostly yg jadi sister ni adalah nurse diploma yg dah bekerja bertahun dengan KKM and then dia sambung degree. nurse yg dah already ada degree (yg muda-muda) rarely nak terus dapat gred sister. gaji, Allah.. hehe, memang tak berbaloi dengan bebanan kerja.  Allahu aalam.

halatuju

Hasrat. Minat. Kemampuan. bagi kaknis, 

hasrat tu satu impian, cita-cita, what you aim to be in your future. 
minat - passion, interest, benda yg adik suka. 
kemampuan-your ability, your softskills, kemahiran, ketahanan. 

biar hasrat selari dengan minat dan biar minat selari dengan kemampuan kita. kalau adik nak jadi cikgu, ask yourself 'aku ni betul2 ke nak jadi cikgu ', buat analisis, kaji sikit tentang risiko and cerita2 seorang guru, you'll figure out something. then lepas tu, minat ' betul ke minat? nnti kalau ada masalah, ada risiko apa2, adakah aku akan down? adakah masa tu aku akan fade up? adakah masa tu aku akan menyesal? '.. maksud akak, kalau nanti ada problem, minat adik berkurang, itu kita tak boleh cakap 'minat'. Minat ni benda yg kita betul3 suka, kita tak kisah pun apa risiko sebab kita yakin kita boleh hadap walau apapun dugaan seterusnya. yang terakhir, kemampuan.. adik dah berhasrat, dah rasa minat, tengok pula pada kemampuan diri. kalau tak mampu, semangat tak kuat, hati tak tabah, usah berangan-angan. you'll cry one day, you'll regret all day through  

so bagi kaknis, sekarang ni, just stick on one decision. adik nak jadi apa? kalau still keliru, adik boleh analisis career guna link ni . just try this out. pastu decide your course, your preuniversity course, whether you want to persue your form6 (STPM), or diploma, or asasi (foundation), or matriculation, or IPG or SPA atau mana-mana laluan selepas SPM. then bincang, slowtalk dengan parents.

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fuhcc.hawaii.edu%2Fjobcenter%2Friasec.php&h=4AQE3BVUk