Friday 26 December 2014

terima kasih sahabat :)

Seorang Perempuan di Jalan Terbuka
(khusus untuk perempuan bernama Hanis Nabila)

Seorang perempuan di jalan terbuka
Hidupnya susah hatinya gundah
Di depannya sudah berbagai rintangan dan uji cabar
Di kanvas jiwanya, terlukis dalam peta kelukaan.
Dari segenap uji cabar itu, azamnya dirempuh
Tapi semangatnya tak pernah padam.

Ada ketika asanya bagai hujan disejat mentari
Tapi kekontangan tak mencalar tekad dirinya
Seupaya itu dia memaksa jasad memerah keringat
Meneruskan larian di sepanjang ranjau perjalanan
Agar subur ranah perjuangan
dengan tangis embun pengorbanan.

Seorang perempuan di jalan terbuka
Walau dia tahu sahabatnya terpisah melata
Tetap tenang mengukir selingkar doa
hadir dari tulus serpihan hatinya

Kami sedia menemani,
Sentiasa setia mendoakan
Abadinya kan bertahun, selamanya kan terkenangkan
Kepada seorang perempuan di jalan terbuka
moga mercup iman di dada
Yang tulus mencari redha Tuhannya,

Selamat Maju Jaya.
Tajdid niat untuk agama.
 J

Kuih Seri Ayu



Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam

( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com

-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*

1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.

2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).

3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

resepi kuih cara

Bahan­bahan :

1) 300 gram tepung gandum (diayak) 
2) 1 biji telur (pukul hingga kembang)
3) 1 cawan santan 
4) 4 helai daun pandan (kisar dan ambil jusnya) 
5) ½ sudu teh pewarna hijau 
6) Garam secukup rasa 
7) Gula (untuk tabur)
8) Marjerin (untuk sapu pada acuan)

Cara

1)Masukkan tepung gandum dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
2) Bancuh santan bersama air daun pandan dan pewarna. Masukkan kedalam adunan 
tepung tadi sedikit demi sedikit.
3) Kacau dan tapis adunan agar tidak bergentil dan pastikan adunan tidak terlalu 
pekat atau cair. Masukkan garam dan gaul rata.
4) Sapu rata acuan bahulu dengan marjerin. Panaskan acuan. 
5) Masukkan adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit gula di atasnya.
6) Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.

Sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba semua 


Petua-Petua Tradisional Khas Untuk Perawan



Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan
(anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan
dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa
menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan
kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu
jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva
menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang
pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air
sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.
Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka
bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air
paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan
segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya
dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas
dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu
tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang
air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur
seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga.
Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak
panas.SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada
suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara
perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit
kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik
untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima setelah
berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

9. Petua Kembali Gadis
Petua 1 : Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut
dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan
airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan
diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air.
Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan
masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan
selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

10. Merapatkan Peranakan
Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka
selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas
dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah.

11. Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj
Petua 1 : Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair
kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping
daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit.
Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.

Petua 2 : Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan
sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau
berasa tidak selesa.