Friday 13 June 2014

 Assalamualaikum. alahai, dah berhabuk fb lama saya ni.. tapi rasa tenang bila online fb yang ni, tak pasti kenapa. Nak update blog, saya tak rasa yang orang akan baca. Jadi saya update di sini, facebook yang saya khususkan untuk kawan-kawan perempuan, seorang dua sahabat lelaki ( lelaki?  ya, persahabatan berlainan jantina itu ada, tetapi perlukan mujahadah yang tinggi dalam mempertahankan kesucian ukhuwah yang terbina ) dan sanak saudara yang rapat.

Hari ni, tergerak hati nak berkongsi seperkara.. Rasa rendah diri nak berkongsi, tapi jauh di sudut hati, saya merasakan bahawa saya perlu bercakap juga. Mungkin akan ada yang tersentuh, mungkin akan ada yang tak setuju dengan pendirian saya, tapi terpulanglah.

saya.. eh, rsa pelik. ^^' nis bahasakan diri, 'nis' la ya? senang sikit. hehe
em, nis jenis strictly privacy concern. so, dalam fb, dalam twitter, nis x ramai follower. bukan takda peminat.. just nis yang x suka keadaan mcm tu. bagi nis, kita hidup biar ikut resmi padi, makin lama makin menunduk. nis x suka ada terlampau ramai follower sebab nis tak yakin tentang status diri follower2 tu, nis susah nak percaya orang. lagipun, sometimes kita ni cepat perasan. bila ada ramai follower, ada ramai liker dan stalker, mula lah hati nak rasa riak dan bangga. kan? percaya la, perasaan tu akan wujud even 1%..

benda yang nis nak cakap.. sebenarnya.. tentang, 'muslimah update status islamik di facebook'.  dalam erti kata lain, berdakwah. kebelakangan ni, nis tengok, semakin ramai muslimah2 yang mncul di facebook. tak tahu datangnya dari mana. dan kalau diperhatikan, ya Allah, semakin berpurdah, maksud nis semakin kita nampak seseorang itu solehah, semakin ramai pula rijal atau syabab yang berserban komen2 di post2 tu. Komen2 yang lebih kepada niat untuk memikat.. niat untuk (geli nak cakap) cop calon istri pilihan lah kononnya~ 'bersabarlah sayang, sesungguhnya Allah bersama kita' ..

apa maksudnya, sahabatku? nis just terfikir, kalau kita betul2 nak bawa icon muslimah, perkara mcm tu tak sepatutnya lah berlaku. sedar atau tak, memang first2 kita berniat untuk dakwah, tapi lama kelamaan, ianya hanya menyumbang kepada fitnah. YA, nis pun pernah jadi mcm tu, sebab tu nis dah jarang2 post islamik. ada sahabat yang menegur, 'yang betul2 soleh dan solehah itu biasanya tersembunyi, hanis '.. dan nis setuju dgn kata2 sahabat nis tu.

di Irshad misalnya, yang betul2 soleh dan solehah, nis perhatikan depa amatlah tawadduk. dari segi percakapan, dari segi layanan, dri segi kepimpinan, subhanallah... tak begitu menonjol tapi merekalah insan2 yang tinggi martabatnya di mata nis. cara depa bercakap, mampu membuatkan kita menitiskan air mata... cara mereka memimpin, mendidik kita untuk menjadi seorang yang merendah diri... cara mereka melayan, kita always rasa happy, tiada istilah sakit hati.

tak salah kita berdakwah di facebook, twitter ni.. sayang. yang salahnya cara kita 'menonjolkan diri'. kita berpurdah, tapi yang komen2nya lelaki. kita berserban, tapi yang like-like tu terdiri daripada para hafizah2, para niqab2.. mcm mana kita nak jadi teladan yang terbaik utk kawan2 yang lain? ya, nis faham, kadang2 kita x minta kedaan mcm tu berlaku sebab fitrah insani, lumrah kehidupan, lelaki untuk wanita dan wanita untuk lelaki. lelaki lebih tertarik kepada wanita dan begitu juga sebaliknya.

tapi, jomlah, kita elak fitnah dunia. tak manis orang tengok.. sedar tak?.. 
nis takut kita lalai sebab dunia sekarang bukan mcm dulu lagi.. ramai menjadikan AGAMA untuk menarik perhatian yang berlainan jantina. kalau kita betul2 teliti, lelaki yang pakai jeans, berpenampilan biasa... wanita yg pakai tshirt, tudung biasa2, penampilan sederhana.... ramai ja yang islamik bahkan golongan ni lebih tawadduk dan.. Subhanallah, indah peribadi walaupun kadangkala ada sooleh dan soolehah yang mencaci dan perli. 

hm, entahlah, hati kita ni selalu berbolak balik. tapi ni pendapat nis untuk hari ni. maafkan nis. Assalamualaikum.

Thursday 12 June 2014

IPG :)

ujian amali :

tetiba teringat, 'Mad ' .. nis gagal terangkan hukum tajwid ni sbb tak tahu sangat2.. lagipun, masa tu nis masih pening dan konfius dgn dasar2 pendidikan, pelan2 pembangunan, isu-isu pendidikan yang dibaca sebelum interview. baca lain, yg ditanya lain.pastu, interviewer suruh plak demonstrasi cara tayamum, nis guna pelat penang sampai dia pening dgn bahasa nis. haha ^^'
then, kena baca doa apa xtau, berbelit-belit lidah nk sebut makhraj bagi betul. getaq xtau habaq. mau taknya, interviewer semuanya lelaki !! manjang duk perati orang, naik seram kita ni. pastu dia suruh baca text bahasa arab tanpa baris, hat ni memang nis ambil masa agak lama. kena detail dan faham dulu iqrob2 baru boleh sebut fathah ka kasroh ka dommah ka tanwin ka.. alahai, nasib baik ustaz muslim dan ustaz azli rajin ajar iqrob2 masa form 5 dulu. boleh jugak la baca text tu sikit2, walaupun nis perasan interviewer tu senyum2 sampai tutup mulut. (dalam hati : nak gelak , gelak ja lah, buat ayu pula tutup2 mulut, sakit hati I  )
pastu, dia bagi gambar muka gajah. kena tulis 1 ayat atas papan putih guna 10 perkataan tanpa titik. alaihai, imlak = bina ayat. dah la bagi gambar muka ja, x pandai nak kelentong apa. Terbit idea untuk tulis ' dalam gambar ini, terdapat ... ' (hehe, dah 4 ayat, kiranya just goreng 6 perkataan lagi) ... seekor gajah besar yang mempunyai sepasang mata yang comel dan mulut yang luas ' = ' fi haza surah, tujadu al-filul kabir 'indahu ainul jamilah wa faamun al-wasi'ah. '
'hahaha', terdengar si dia ketawa di belakang. *malunya!* mata comel? mulut luas? haha  whatever~~~ then ! tulis jawi, boleh tahan juga textnya... banyak perkataan 'fa' dan 'va'  susah juga nak bezakan tulisan jawi dulu dan jawi terkini. seingat nis, ada perkataan, 'festival' dan 'march'.
apa yg nis buat, cakap, lakonkan masa interview IPG dulu, semuanya secara spontan. involuntary action. byk nerves putus sbb tinggi sangat pressure. haha. tak sempat nak trigger impulses. tambah2, ni first time nis pi temuduga. Pendidikan Islam pula 1 subjek yg universal, kita x dapat nak jangka soalan apa yg bakal ditanya.. 
I've do my best. Apa pun keputusannya, nis redho dan cuba untuk tabah. nis puas hati sbb nis jumpa interviewers tanpa berpura-pura. nis berjaya jadi diri nis. setidak-tidaknya, nis ada pengalaman ditemuduga oleh lecturer2 IPG dan nis mampu berkongsi sedikit sebanyak tips kpd junior nanti. bukan tu saja, nis dapat ramai kawan baru yg baik hati. best sangat. Alangkah indahnya ~
my hope, is still there, IPG. InsyaaAllah  aamiin.
Im not good but ill always do my best. Abah said, 'beat them ! '. Yes abah, I did. In my own ways. smile. move on.
* Salam Nisfu Syaaban, 2.35 a.m. *

Wednesday 11 June 2014

make up?

'' kaknis, boleh ke kalau nak make up? ''

BOLEH, tapi JANGAN melampau-lampau, seperti video ni.  Rasulullah larang kita bertabarruj.
ustazah kesayangan kaknis kat Irshad ada cakap, boleh ja nak make up, nak pakai kasut tinggi, tapi jagalah apa yang sepatutnya kita jaga sebagai wanita muslimah.. SEBAIKNYA, elak lah make up, make up. Takut jadi zina mata. kalau nak make up juga, biar sederhana, untuk keyakinan dan penampilan diri. nak pakai kasut tinggi, better yg rata, jgn yg bertumit 'tajam' sehingga mencecah 3,4 inci. Sebab kasut high heel boleh menghasilkan bunyi = mnarik perhatian ajnabi.

Jadi hukumnya, 
1) harus (sederhana, solekan nipis, sekadar untuk keyakinan dan penampilan diri)
2) haram ( tabarruj, solekan tebal, menunjuk-nunjuk kecantikan kepada ajnabi)
Nak keluarkan hujah, tersangat la banyak. Hanya mampu keluarkan beberapa dalil dan hadis untuk renungan dan muhasabah bersama.

* Dalil :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[Surah An-Nur ; ayat 31]

* Hadis soheh :

Rasulullah saw sendiri pernah bersabda,
Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.
Dua golongan dikalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang mendorong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu bisa dicium dari jarak demikian dan demikan.

Allahu' aalam