Friday 13 June 2014

 Assalamualaikum. alahai, dah berhabuk fb lama saya ni.. tapi rasa tenang bila online fb yang ni, tak pasti kenapa. Nak update blog, saya tak rasa yang orang akan baca. Jadi saya update di sini, facebook yang saya khususkan untuk kawan-kawan perempuan, seorang dua sahabat lelaki ( lelaki?  ya, persahabatan berlainan jantina itu ada, tetapi perlukan mujahadah yang tinggi dalam mempertahankan kesucian ukhuwah yang terbina ) dan sanak saudara yang rapat.

Hari ni, tergerak hati nak berkongsi seperkara.. Rasa rendah diri nak berkongsi, tapi jauh di sudut hati, saya merasakan bahawa saya perlu bercakap juga. Mungkin akan ada yang tersentuh, mungkin akan ada yang tak setuju dengan pendirian saya, tapi terpulanglah.

saya.. eh, rsa pelik. ^^' nis bahasakan diri, 'nis' la ya? senang sikit. hehe
em, nis jenis strictly privacy concern. so, dalam fb, dalam twitter, nis x ramai follower. bukan takda peminat.. just nis yang x suka keadaan mcm tu. bagi nis, kita hidup biar ikut resmi padi, makin lama makin menunduk. nis x suka ada terlampau ramai follower sebab nis tak yakin tentang status diri follower2 tu, nis susah nak percaya orang. lagipun, sometimes kita ni cepat perasan. bila ada ramai follower, ada ramai liker dan stalker, mula lah hati nak rasa riak dan bangga. kan? percaya la, perasaan tu akan wujud even 1%..

benda yang nis nak cakap.. sebenarnya.. tentang, 'muslimah update status islamik di facebook'.  dalam erti kata lain, berdakwah. kebelakangan ni, nis tengok, semakin ramai muslimah2 yang mncul di facebook. tak tahu datangnya dari mana. dan kalau diperhatikan, ya Allah, semakin berpurdah, maksud nis semakin kita nampak seseorang itu solehah, semakin ramai pula rijal atau syabab yang berserban komen2 di post2 tu. Komen2 yang lebih kepada niat untuk memikat.. niat untuk (geli nak cakap) cop calon istri pilihan lah kononnya~ 'bersabarlah sayang, sesungguhnya Allah bersama kita' ..

apa maksudnya, sahabatku? nis just terfikir, kalau kita betul2 nak bawa icon muslimah, perkara mcm tu tak sepatutnya lah berlaku. sedar atau tak, memang first2 kita berniat untuk dakwah, tapi lama kelamaan, ianya hanya menyumbang kepada fitnah. YA, nis pun pernah jadi mcm tu, sebab tu nis dah jarang2 post islamik. ada sahabat yang menegur, 'yang betul2 soleh dan solehah itu biasanya tersembunyi, hanis '.. dan nis setuju dgn kata2 sahabat nis tu.

di Irshad misalnya, yang betul2 soleh dan solehah, nis perhatikan depa amatlah tawadduk. dari segi percakapan, dari segi layanan, dri segi kepimpinan, subhanallah... tak begitu menonjol tapi merekalah insan2 yang tinggi martabatnya di mata nis. cara depa bercakap, mampu membuatkan kita menitiskan air mata... cara mereka memimpin, mendidik kita untuk menjadi seorang yang merendah diri... cara mereka melayan, kita always rasa happy, tiada istilah sakit hati.

tak salah kita berdakwah di facebook, twitter ni.. sayang. yang salahnya cara kita 'menonjolkan diri'. kita berpurdah, tapi yang komen2nya lelaki. kita berserban, tapi yang like-like tu terdiri daripada para hafizah2, para niqab2.. mcm mana kita nak jadi teladan yang terbaik utk kawan2 yang lain? ya, nis faham, kadang2 kita x minta kedaan mcm tu berlaku sebab fitrah insani, lumrah kehidupan, lelaki untuk wanita dan wanita untuk lelaki. lelaki lebih tertarik kepada wanita dan begitu juga sebaliknya.

tapi, jomlah, kita elak fitnah dunia. tak manis orang tengok.. sedar tak?.. 
nis takut kita lalai sebab dunia sekarang bukan mcm dulu lagi.. ramai menjadikan AGAMA untuk menarik perhatian yang berlainan jantina. kalau kita betul2 teliti, lelaki yang pakai jeans, berpenampilan biasa... wanita yg pakai tshirt, tudung biasa2, penampilan sederhana.... ramai ja yang islamik bahkan golongan ni lebih tawadduk dan.. Subhanallah, indah peribadi walaupun kadangkala ada sooleh dan soolehah yang mencaci dan perli. 

hm, entahlah, hati kita ni selalu berbolak balik. tapi ni pendapat nis untuk hari ni. maafkan nis. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment