Sunday 21 June 2015

'Paramedics' tu ape?

'awak sekarang kerja ke student?'Nak kata kerja, belum lagi.nak kata student, tak juga... Mungkin yang paling tepat adalah bakal pelatih separa perubatan (paramedics practitioner), intake July 2015 smile emoticon
Em bila sebut paramedik, orang akan cakap.. Wahh.. Hebat... Actually xda apa pun 
smile emoticon


paramedics atau dalam Bahasa Melayunya kumpulan separa perubatan. Medical assistant, dental assistant, nurse (jururawat masyarakat U17, staff nurse U29, dental nurse U29) ,physiotherapist, radiologist, occupational therapist, health officer, pharmacist and seangkatan dengan jawatan-jawatan ni disebut paramedics ataupun ahli separa perubatan.

Dulu masa kecik-kecik, saya pun taktau 'paramedik' tu apa.. Tapi bila dengar, hati ni akan rasa cam.wahh mesti hebat (wlupun hakikatnya biasa saja). Harini macam tak percaya, Allah letakkan saya dalam bidang separa perubatan pergigian. Sebagai bakal pembantu pembedahan pergigian bergred U17. smile emoticon

Dan sebenarnya, dalam istilah pangkat/gred perubatan, U17 tu hanya bertaraf sijil... Paling rendah dalam perjawatan separa perubatan. U29 bertaraf diploma.. And kalau tak silap, U41 adalah pangkat bagi seorang dentist.

Kira, ada risiko dan banyak cabarannya. Saya setakat SPM saja, sebagai student aliran sains tulen agama (Islamic and Science stream student), kelayakan 6A 2B, dan GCE o-level 1119 bergred 2A (international English level 2). Jika melanggar perjanjian Kementerian Kesihatan Malaysia, Ya Allah... Habis la.. Dengan SPM saja, tak boleh bawa ke mana pun. Lain pula dengan kawan-kawan yang ada kelulusan STPM, degree, master dan PhD. smile emoticon (sebab tu, nis cakap jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.. Rezeki dan perjalanan hidup kita tak sama. Yakin.. Allah dah atur elok dah. And in every single thing in this dunya, there are many benefits and risks. ). ok see ya ! ^^

Tips Temuduga (Persediaan File)

ok pasal file... susun comel2.. letak kemas2... smile emoticon
dlm file tu, mulakan dengan surat beranak, ic, surat berhenti sk, sijil spm, sijil stpm ke, sijil koko ........ sijil pmr. upsr x perlu. tentang sijil kegiatan koko pula, masukkan yg menyerlah saja. sijil peringkat negeri.. antarabgsa. klu ada sijil anugerah ke apa, masukkan aja. sijil tu, tips sy... awk ikut awk.... sijil sijil sy, sy susun dgn sebab nk tunjuk kat panel 'ni la sy... sy penah join ini ini ini... sy dapat anugerah ini ini ini smile emoticon

sbb sy perhatikan calon ada yg main letak ikut suka ja. nmpk berselerak dan tak kemas.. jgn byk sgt sijil.. sbb panel dah pening2 nk selak file kita yg berat dan byk kertas tu 😁
susun ikut kreativiti. smile emoticon



Sy ada bawa dua fail masa gi temuduga haritu . fail yg kemas dan sederhana nipis (fail clear holder dan fail poket). dlm fail poket tu, sy letakkan kertas2 yg potostat, resume dan borang maklumat (gambar passport lekat siap2). nnti masa nk daftar kehadiran, awk just keluarkn fail poket tu saja. Senang.

bila tiba giliran awak dipanggil utk interview, awak just bawa masuk file clear holder yg berisi dokumen penting dan sijil-sijil tadi. beg xperlu bawa masuk.

* klu awak rasa form 5 awk active, ada sijil best2.. hm takpa lah klu nk bawa sijil form5 saja. tp sy lebih prefer awak bawa sijil yg utk tempoh 3 hingga 5 tahun. dan sijil2 lain yg menarik utk dikongsi.
mcm sy, sy ada sijil anugerah pelajar bersahsiah masa darjah 4 oleh guru besar sekolah dan ahli parlimen. jadi sy letak sijil tu di belakang sekali. menunjukkan sedikit sbyk tentg siapa sy masa sekolah rendah 

Tips Temuduga ( Semasa ditemuduga)

perkenalkan diri secara profesional dan matang. ikut awk la mcm mna pun smile emoticon tp sebaiknya just cerita yg penting2 saja. nama umur asal belajar di mana dlm bidang apa. mak ayah kerja apa. dan pasal family serba sikit. awk boleh juga ckp yg awak ni dri family yg sederhana susah kaya atau sebagainya. pastu cerita apa yg menarik tntg diri awk (kelebihan, sumbangan yg awk boleh berikan). jgn cerita byk tntg kelemahan. boleh juga klu awk nk ckp serba sikit yg awk minat dan harap diberi peluang join kkm. interview ni kita kna byk ckp.. dan bahasa kita biar formal. dri segi cara kita bercakap, panel boleh kenalpasti tahap kematangan kita.
masa kenalkn diri, nak xnk mmg kna cerita pasal family tp jgn sampai meleret dan membosankan. kna pelbagaikn cara penyampaian.
salinan potostat, sahkan... resume, buat lah. jgn ikut ckp org... kita yg nk jalani temuduga. biar ada kesungguhan. mmg itu adatnya nk gi temuduga. smile emoticon sy duk tgk ada yg tak sah... ada yg tak buat resume.. bkn nk ckp tinggi tp sy rasa x sepatutnya jadi mcm tu smile emoticon kita nk minta kerja, jadi cara kita tu klu boleh, biar cara seorg pekerja. keep humble.

Tips Temuduga (Resume or Curriculum Vitae)

kali ni saya nak kongsikan tentang resume terlebih dahulu grin emoticon tau tak apa itu resume? resume ni senang cakap, beberapa keping kertas yang menceritakan siapa diri kita secara umum. ada orang buat 1 mukasurat saja. ada juga yang buat 2 hingga 4 mukasurat... setahu saya, yang banyak mukasurat tu, kita gelarkannya sebagai CV ataupun Curriculum Vitae. kedua-duanya adalah benda yang sama, yang membezakan hanyanya ketebalan dan perincian maklumat yang diceritakan di kertas tu. smile emoticon
Mana yang lebih berkualiti? resume ataupun CV? bagi saya, kualiti sesuatu kertas itu bukan terletak pada ketebalan dan perincian data, tapi terletak pada professionalism dan kekreatifan kita sendiri, bagaimana kita nak hasilkan resume (read : bagaimana kita nak promote/mempersembahkan diri secara bertulis ) yang outstanding. like emoticon
resume atau CV tak ada format tetap. atas kita macam mana nak hasilkannya..
1) ada yang ciplak resume orang lain - minta softcopy resume orang lain then just tukar maklumat peribadi.
2) ada yang download template resume dari internet atau mana-mana open sharing websites - guna template resume yang dicipta orang lain di internet.
3) dan ada yang usaha type sendiri resume nya - type ayat sendiri, insert shape and font secara manual.
bagi saya, kita nak mohon kerja so biar kita mulakan dengan cara yang betul, elak dari ciplak hak cipta orang lain, "hak cipta" di sini, maksud saya, jangan guna cara number 1. cara saya, saya hasilkan resume dengan cara download FREE/OPEN resume template dari hloom.com then saya edit resume saya guna microsoft paint sahaja. Isi/ kandungan resume, saya try create sendiri (saya ada jumpa cikgu bahasa inggeris, cikgu bahasa melayu dan beberapa orang berpengalaman menghasilkan resume untuk mendapatkan gambaran) . kat bawah ni saya kongsikan link untuk download resume. just click-click and download mana yang berkenan di hati. heart emoticon
yang gambar atas tu adalah resume saya. 'Professional Resume' nama nya.. selalunya kita tengok resume just black and white saja kan? grin emoticon ha so apakata kali ni, seiring dengan zaman teknologi, kita create resume yg layout nya ceria macam resume saya ni. temuduga untuk jabatan kerajaan boleh ja resume macam ni. Tapi kena berani present. sebab first time temuduga nurse under kementerian kesihatan malaysia, penemuduga cakap 'wahh, you punya resume pelik' tapi dia minta simpan sebab dia kata dinamic. smile emoticon ini tips dari saya, anda berani? saya cabar... cubalah ! tapi risiko tanggung sendiri colonthree emoticon kiki emoticon hehe.. no lah. trust me.. it is worth. I did it. 

Tips Temuduga (Pengenalan)

Assalamualaikum.. hye bloggers, lamanya tak update, actually saya busy sangat sejak-sejak ni.. kalau online whatsapp pun jadi takde mood sebab semuanya urusan rasmi. hehe, saya pun nak juga rest rest, teringin nak lari dari semua kesibukan dan keserabutan ni. tapi bila difikirkan semula, kesibukan jua adalah ibadah dan Allah akan persoalkan apa yang kita buat di masa lapang. pujuk hati, jangan sesekali mengeluh, semoga Allah redha dengan segala amalan dan kerja buat kita. aamiin.. kiki emoticon
okay lah taknak membebel panjang, harini saya nak share step by step tentang persediaan menghadapi temuduga. setakat umur 19 tahun ni, Alhamdulillah saya dah pergi bermacam-macam temuduga, temuduga kerajaan pun ada, swasta pun ada, ada yang berjaya dan ada yang gagal.
saya faham tak semua orang sudi untuk berkongsi pengalaman, saya pun sebenarnya takut-takut untuk kongsikan pengalaman dan reality temuduga di sini atas alasan peribadi. sebab tu saya ambil masa yang agak lama untuk berkongsi. saya minta maaf sangat-sangat daripada rakan yang menunggu entri tentang tips temuduga ni smile emoticon
Persoalan demi persoalan daripada sahabat dan kenalan-kenalan tentang temuduga termasuklah persediaan mental, fizikal, dokumen, tips dan yang berkaitan, membuatkan saya rasa bersalah. kalau saya berkongsi, takut pula ada yang salah atau ada pengkritik tak bertauliah. tapi sekiranya saya tak berkongsi, Ya Allah, siapa lagi yang nak kongsi? jadi dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya beranikan diri untuk kongsi semuanya secara terbuka. Dan sekiranya anda ada yang tidak setuju, mohon perbetulkan atau utarakan pendapat anda di ruang komen. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat bantu kita semua.

Monday 8 June 2015

Separa Perubatan Intake July 2015

Assalamualaikum.. hye.. hehe harini aku nak bercerita sikit.. bosan.
semua pakat busy, akhirkan blog ni juga tempat aku meluahkan rasa hati.
emm harini, 8 Jun 2015, antara hari yang paling best dalam hidup aku , heboh di group Temuduga Latihan Separa Perubatan di Fesbuk mengatakan bahawa kami, calon-calon separa perubatan (paramedics) dah boleh semakan penempatan. Aku teruja melihat rakan-rakan sibuk post dan berbalas komen, 'wei sapa dapat KJ Penang, kita geng ' ' yeay, aku dapat Kolej Pembantu Perubatan Seremban ! 'bakal-bakal pelatih KSKB Ulu Kinta, jumpa di sana 1 July ni.. haha ' ' siapa nak join group whatsapp, drop number sini '

ya, meriah sangat... mana tak meriahnya, sebenarnya kami calon-calon paramedics ni ada kisah masing-masing. yang pernah gagal 7,8 kali temuduga SPA pun ada.. tapi kami still kuat bagi semangat antara satu sama lain. aku still ingat, ada sorang calon post something kat group, kata-kata dia tu memang menunjukkan yang dia frust habis sebab gagal, keputusan SPM 8A kalau tak silap, perempuan.. aku tak pasti kenapa dia tak dapat tawaran IPTA atau matrik. katanya sedih sangat asyik diperli oleh family sendiri sebab hanya duduk di rumah selepas dapat keputusan SPM.

satu hari tu, dia post , dia berjaya temuduga pembantu pegawai perubatan. aku rasa sebak, Allah uji dia dengan sesuatu yang aku rasa dia mmpu hadapi dan akhirnya Allah beri pada dia jawatan paramedics yang susah nak dapat. persaingan dalam bidang medical assistant adalah amat tinggi tambah-tambah perempuan. Senior cakap untuk setiap intake biasanya 70% lelaki, 30% saja perempuan. korang nampak tak? hee, Allah tu Maha Kaya.. Maha Adil. Bersyukurlah...
miyaa, tahniah syg. aku tumpang bangga dan gembira.

okay, ni link untuk calon paramedics intake July 2015. download je semua dan pastikan settle sebelum lapor diri.. aku so far, alhamdulillah dah siap beli barang.. esok nak pi jumpa doc untuk settlekan medical check up, then pi pejabat pos beli setem hasil. in syaa Allah dalam minggu ni juga aku akan jumpa pesuruh jaya sumpah dan lengkapnya semua borang yang melibatkan penjamin. ok kawan-kawan blogger, jumpa lagi.. tata. hee

http://elpp.moh.gov.my/dokumen_pra.php

Sunday 7 June 2015

Dental Surgery Assistant-to-be

Sebenarnya, bukan lah semudah yang orang sangka smile emoticon kalau kita jenis mengada-ngada dan manja, sorry, diorang takkan senang-senang bagi peluang kat kita. Tambah-tambah pula dengan fizikal aku yang kecil dan jarang menonjolkan diri, orang senang nak underestimate.
Dr. Lina dan Puas Ros (Pegawai KKM dan Pegawai SPA) ada cabar aku masa sesi temuduga, In syaa Allah, aku akan sahut apa yang mereka dua kata. sebab tu lah aku tiap-tiap hari fikir dan plan something, aku memang sedar aku takda apa (gagal berkali-kali tu cukup jelas menunjukkan aku tak setaraf dengan student IPTA), mentah orang kata, cuma aku selalu cuba levelkan tahap kematangan seiring dengan usia. nak lepasi tapisan sistem, nak lepasi temuduga pun Allahu, perit.
nak hadap 2 tahun ni bukan tempoh yang main-main walaupun grad DSA ni paling rendah dalam jawatan paramedics. rindu Mr Rosli, dia cakap, 'hanis, takpa, you're what you choose, I tau susah, tapi hanis cakap pada diri sendiri ''ya, pembantu. tapi bukan calang-calang pembantu" . I support you tinggalkan Irshad and join paramedics team ' . smile emoticon
realitinya, 60% dalam hidup aku terutamanya golongan berpangkat dan berpendidikan, pandang rendah, bukan pandang rendah terhadap bidang ni, tapi mereka lebih kepada merendahkan diri aku. mereka tak yakin aku mampu. tapi aku tahu sejauh mana aku boleh pergi smile emoticon Allah yang letakkan aku dalam bidang ni. In syaa Allah, pelan-pelan.... hehe wink emoticon




              


Sunday 19 April 2015

wanna ask a question? nahh, here is some tips.

status only for 19 years old friends smile emoticon I got this so-so tip from foreigners a.k.a my team members in an international online courses. It is about 'asking a question'.
nak tanya soalan, fikir dahulu.. memang betul, kata pakar-pakat motivasi 'dalam dunia ni takda soalan yang bodoh' tapi bila melibatkan psikologi, kita kena pertimbangkan juga benda-benda lain.
ada jenis soalan yang mudah untuk dijawab..
dan ada juga soalan yang menyusahkan semula orang lain untuk menjawab.
maksud saya, bila nak tanya soalan atau minta pendapat orang lain, kita tak boleh nak anggap yang jawapan dia perfect, I mean, dont expect higher than one's capability. si dia tu mungkin ada pengalaman tentang sesuatu dan bagi dia, soalan yang kita tanya tu senang untuk dijawab. itu takpe smile emoticon
masalahnya sekarang, bila timbul soalan yang susah untuk dijawab dan memaksa si dia beri komitmen terhadap soalan kita, padahal sebenarnya kalau kita sendiri usaha call pihak2 yang betul2 terlibat dalam skop soalan kita, boleh je dapat jawapan tanpa menyusahkan orang lain, haa itu tak boleh smile emoticon (panjangnya) ^^' tapi rasionalnya ada.
contohnya, kita bertanya orang bidang graphic tentang bagaimana bumi boleh dicipta dan kenapa bumi berbentuk bulat? dia dalam bidang komputer tapi ditanya soalan sains yang tak logic... hahaha, doesnt make sense, right?
just nak cakap kat sini, even dalan soal 'bertanya soalan' pun, kita kena fikir dulu. jangan sampaikan soalan kita menggangu psikologi orang lain dan jangan susahkan orang lain dengan soalan kita yang entah apa-apa. hehe. ok jumpa lagi colonthree emoticon ^^

Friday 27 March 2015

Akan ke manakah.. aku?

em, I am now open to share something with you all. bila difikirkan balik, memang hakikatnya saya tak boleh nak catch up pengajian di Irshad. cikgu-cikgu meletakkan harapan terlalu tinggi tapi maafkanlah diri ini smile emoticon sebab dah lama sangat kat situ~ ada kenangan pahit yang buatkan diri ni rasa sayu sangat kalau masih paksa diri untuk stay sampai hujung tahun ni. duk buat juga istikharah , duk terbayang-bayang macam rezeki saya bukan pada STPM. nampak benda lain. tawaran demi tawaran mengganggu tumpuan, saya betul-betul tak dapat nak fokus exam, assignments dan presentation. banyak paperwork saya tergendala dan secara tak sengaja menyusahkan kawan-kawan dan cikgu.

mama abah macam duk harapkan nis jadi cikgu atau medical assistant tapi yang tahun lepas tu, kedua-dua saringan untuk temuduga kementerian pendidikan dan kementerian kesihatan , gagal di saat-saat akhir. Tahun ni pula, mama mohon lagi untuk IPG tapi semalam keputusan, ' maaf, saudari tidak tersenarai '. Rasa bersalah, perasan muka mama macam resah semacam. smile emoticon abah macam dia la, cool ja.

dua minggu lalu, dipanggil lagi untuk jawatan dalam bidang dental surgery, rasa macam peluang nak dapat tu cerah. Allahu a'lam. tapi baru ja tadi, dapat email, dipanggil pula temuduga lagi untuk 10 jawatan yang haha, alhamdulillah, lebih baik dari dental tu. medical assistant, salah satunya, impian mama smile emoticon . hmmm.. keputusan temuduga yang haritu keluar awal seminggu daripada tarikh temuduga diploma paramedic. nampak gayanya macam kena istikharah hari-hari ja ^^ asyik istikharah cita-cita saja, alahai entah bila nak istikharah cinta pula colonthree emoticon *gurau*

rindu sahabat-sahabat yang sekarang ni tengah busy prepare untuk final exam, final project, final tutorial and so on.. betul lah kata tok, 'kadang2 kita lemah hanya disebabkan kita jauh daripada orang yang sayangkan kita'. tapi yakinkan diri, apapun kita hadapi, seberat mana ujian dan sekusut mana pun fikiran, itu semua sebenarnya satu nikmat yang membuktikan Allah sayangkan kita. Ayuh doakan kejayaan bersama dan 'tahajjud', jangan diabaikan. Selamat Maju Jaya. Assalamualaikum 
smile emoticon

Saturday 14 March 2015

nak cerita ni, tentang satu cerita realiti pasangan suami isteri yang mana si isteri tu curang dgn suami dia. :) cerita betul.. jadikan pengajaran. jgn risau, dalam fb nis takda kanak-kanak bawah umur kecuali adik kandung dan adik sepupu yang jarang-jarang buka fb. 


makcik dan pakcik tu kedua-duanya bekerja. pakcik bekerja office hour, kira masa dia bermesra dengan makcik sangat terhad. nak jadi cerita, makcik ni ada masalah, dia tak luahkan pada pakcik hinggakan dia 'mencari' sesuatu utk lepaskan tekanan. kebetulan makcik selalu nampak seorang mamat indon handsome bekerja di depan rumah dia. makcik perhatikan mamat tu, mamat tu pun selalu perhatikan makcik.


kebetulan lagi, si mamat indon tadi bertukang (renovate) rumah mak mentua (mak kepada pakcik). disebabkan jatuh cinta, tiap-tiap pagi makcik sengaja pi rumah mak mentua dia sebab nak usya mamat indon tadi. satu hari, mak mentua takda di rumah, ada kejadian di mana mamat indon tadi tiba-tiba memeluk pinggang makcik dan tarik masuk ke dalam bilik. mereka tak buat apa-apa tapi saat itu lah, mereka saling luahkan perasaan, suka sama suka. 


bermula dari saat tu, bila pakcik keluar bekerja, makcik dan si indon tadi pun keluar buat 'kerja' ; dating, makan-makan, menonton wayang dan sebagainya. pegang-pegang, ciuman dah jadi biasa. si mamat indon memang selalu bagi kata-kata semangat pada makcik. hinggakan makcik jadi buta sebab cinta durjana. 


Allah 'memberitahu' pakcik melalui sahabat pakcik. sahabat pakcik nampak makcik berdua-duaan di restoran dan memberitahu perkara tu pada pakcik. pakcik balik rumah dan paksa makcik jujur sejujur-jujurnya. makcik mengaku tapi dalam keadaan berbohong. makcik tak cerita yang sebetulnya tentang mamat indon tadi. 


sekarang ni, hubungan makcik dan pakcik dingin. pakcik maafkan makcik tapi makcik masih gilakan mamat indon tadi yang  diakuinya handsome macam hero sinetron indonesia 'Taxi'. makcik cakap  'aku sayang kedua-duanya, kalau boleh, dua-dua aku nak' . dalam diam, makcik masih berhubungan dengan mamat indon melalui sms dan call. makcik dah sampai tahap sanggup tinggalkan pakcik untuk bersama-sama dengan mamat indon tadi. 


setahun kemudian , 'kamu jangan kacau saya lagi, saya mau pulang ke indon. saya ngak mahu tanggungjawab atas semua yang berlaku '. makcik dalam keadaan tak keruan, sms dah tak di balas. call tak berangkat.. si mamat indon tadi sekarang dah hilang entah ke mana. yang jadi mangsa, makcik yang masih lagi bodoh mengharapkan pemuda indonesia tadi. yang menanggung ujian hebat ini adalah pakcik. Allah... :) 


--------------------------------------------------------------------------------------------------


nis just nak cakap, kita mungkin bukan perempuan yang baik-baik, kita mungkin perempuan yang nakal dalam diam, kita mungkin perempuan yang hina pada Allah tapi mulia pada pandangan manusia... kita memang perempuan tak sempurna, tapi sanggupkan kita hina 'syurga' kita? 


apa yang kita kejar sebenarnya? kenapa bodoh sangat perempuan ni bila timbul soal hati dan perasaan? kenapa kita bodoh sangat menangisi cinta monyet yang tak pernah sudah-sudah? kenapa kita angkuh sangat, berlagak dengan Allah???


 perempuan, kenapa kita semakin bodoh walaupun usia makin bertambah? kenapa kita masih menunggu tapi tak cuba untuk cari hidayah???? kenapa kita layan sangat rasa sunyi dan tercari-cari cinta dusta, padahal sepatutnya pada ALLAH, kita sepatutnya berserah segalanya! padahal sepatutnya pada ALLAH, kita sepatutnya mengisi kekosongan hati ! padahal pada ALLAH, kita sepatutnya mendoakan si dia yang bakal menjadi syurga kita... walaupun tak pernah kenal, walaupun tak pernah tahu, walaupun tak pernah terbayang pun gerangan si dia tu siapa. tapi percayalah, dia ada. 


perempuan. kita berangan untuk menjadi bidadari syurga.. kita berharap untuk menjadi wanita solehah..kita mimpi untuk jadi isteri mithali tapi kita masih bodoh begini, adakah semua tu sekadar  fantasi duniawi? mana letaknya kita ni di akhirat nanti??? murah. terlalu murah. 


perempuan.kita menangis. dan terusss menangis.kita merintih. dan terus merintih. kita mengeluh dan terus mengeluh..diuji sedikit, dicanangkan nahhh seluas bukit ! penipu. kita putus asa? pada siapa sebenarnya ??kita berputus asa dengan rahmat ALLAH !! tapi kita tak sedar sebab kita bodoh !  kita tak sedar sebab kita bodoh. 


perempuan. kita seorang ibu. kita seorang kakak.kita seorang makcik.kita seorang nenek. kita seorang isteri. kita  seorang anak. kita seorang HAMBA ALLAH. kita ada tanggungjawab yang besar.. kita  bukan seorang yang lemah tapi sebenarnya kita 'tak tabah' .sedarlah. sedarlah sayang. 


makcik tu murabbi aku !! makcik tu murabbi aku, kawan-kawan !! :'( kenapa jadi begitu? hanya satu. 


KERANA IMAN.  aku juga perempuan. :) aku tahu. 

Thursday 19 February 2015

Wahai puteriku........ aku seorang bapa yang sedang
berjalan memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian
dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku, banyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak,
menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu
syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah!!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu
jalannya.

Wahai puteriku,pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau
menyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita.
Tetapi ingat!
Bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju.
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri:
"Silakan masuk".......
dan setelah engkau kecurian barulah tersedar.

Ketika itu barulah engkau berteriak
"Tolong tolong.......aku kecurian".

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari
seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan
sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan kehormatanmu.
Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puterikuDemi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu
telanjang di hadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong....... bohong....... Bohong...... demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak- tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu wahai puteriku???
Renungkanlah!!!

Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau.
Dan engkau...., akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya.

Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.
Engkau sedih dan muram.
Engkau bingung dan gelisah.

Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan... diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan:

"Dia yang dahulu sesat, tetapi sekarang sudah bertaubat".
Tapi engkau?

Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni
dosamu.

Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas...
Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya

Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya
Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.
sudah itu...., dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.

Wahai puteriku.......
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita:
"Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik".
Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga
raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.

Aku mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi, kekayaanya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya. Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya....... dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pasti semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.

Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista, pasti dengan segera lelaki itu pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Seorang pemuda jalang yang rosak dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dikahwini dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang, pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang isteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.

Puteriku....., suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan, penyebabnya adalah kerana kesalahanmu sendiri.

Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga
adalah kerana perbuatanmu!

Lantas, kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?
Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?

Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki.
Kamu sebagai wanita terhormat, mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama, pada akhirnya
akan menjadi mangsa dan korbannya.

Hampir di setiap rumah di negeri Syam terdapat gadis-gadis pada usia yang layak berkahwin belum
mempunyai calon dan gadis yang sudah lewat usianya belum juga bersuami.


Para pemudanya merasa puas dengan hanya berpacar-pacaran dan bergaul bebas daripada beristeri.
Mungkin keadaan seperti ini juga terdapat di negara-negara Islam yang lain.

Wahai puteriku.......
Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya
terdiri daripada para cendiakawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran.

Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan
tidak rasa takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya.

Kalau mereka tidak juga peduli, berikan penjelasan dan contoh-contoh kenyataan yang ada, katakan
kepada mereka:

"Anda remaja cantik, ramai pemuda yang tertarik dan mengharapkan anda. Kecantikan anda seperti
sekarang ini apakah akan terus bertahan?

Bagaimana nasib anda nanti setelah tua?
Ketika muka anda sudah kerepot dan badan membongkok?
Siapakah nanti yang akan menguruskan anda?
Siapakah ketika itu akan memperhatikan nasib anda?
Tahukah anda, siapa yang akan menghormati dan memuliakan orang tua yang tidak berdaya lagi?
Hanya anak dan cucu-cucunya!

Di tengah-tengah mereka, orang tua sepertinya menjadi ratu di antara rakyat, bermahkota, duduk di singgahsana.
Bagaimana nasib anda nanti jika terus begini?
Bagaimana derita anda di kemudian hari?
Anda lebih tahu dari kami.

Cuba anda renungkan...

"Apakah boleh disamakan lazatnya berhubungan yang sebentar sahaja nikmatnya
itu dengan penderitaan-penderitaan anda?
Apakah patut, harga kegadisan anda dibayar begitu murah dan penderitaan anda setelah itu ditebus
dengan harga sebegitu mahal?

Saya rasa, anda cukup mampu mengarahkan dan memberi petunjuk pada kawan-kawan yang tersesat dan perlu dikasihani. Saya tidak perlu berlama-lama memberi bimbingan kata kepada anda. Saya yakin anda sendiri tentu telah mempunyai banyak bahan untuk melakukan penyelamatan.
Sekiranya segala usaha penyelamatan yang dilakukan kepada mereka tidak membawa hasil. Ya cukuplah....... anda perlu menukar sasaran. Lakukan penyelamatan kepada mereka yang belum terkena. Cegah mereka dari serangan penyakit menular itu. Pada umumnya, penyakit seperti itu mudah menyerang wanita- wanita lalai dan gadis yang menginjak dewasa. Bimbinglah mereka agar tidak tersesat jalan.

Apa yang anda lakukan adalah secara bertahap. Saya tidak mengharapkan anda mengajak para wanita Islam melakukan perubahan yang drastik, sekali nasihat terus berubah menjadi muslimah sejati. Segalanya hendaklah dengan wajar, perlahan dan mencapai sasaran.

Biasanya, adalah mustahil dengan memberi sekali kefahaman kemudian dapat mengubah haluan. Kembalikanlah dia kepada kebaikan selangkah demi selangkah, sebagaimana dia sebelumnya sedikit demi sedikit menuju kepada kejahatan.

Kamu semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan di tangan. Kamu juga menipiskan kain tudung. Dan prosesnya berjalan perlahan-perlahan selama berabad-abad.

Sebaliknya, kaum lelaki tidak melihat dan merasakan perubahan itu seperti apabila kita perhatikan jam dinding, kita dapat lihat jarum pendek seolah-olah tidak bergerak.
Tetapi apabila anda datang setelah dua jam anda akan melihat jarum itu bergerak. Begitu juga peralihan dari masa kanak-kanak menjadi remaja dan usia muda kepada tua, seolah-olah tidak boleh diikuti dengan indera.

Demikanlah juga berubahnya satu umat manusia, dari satu keadaan kepada keadaan lain yang berlaku secara berperingkat.

Majalah dan suratkhabar perosak akhlak terus beredar dan semakin meluas.

Para penganjur kerosakan moral bersorak gembira kerana berjaya meraih kemenangan besar dalam pertandingan. Kini, kita telah sampai pada batas yang tidak lagi diredhai islam.

Jika anda membaca sejarah, anda tidak akan menemui keadaan seperti ini.
Bahkan kaum majusi pun tidak mengenali kebebasan yang sedemikian itu.
Binatang yang tidak mempunyai akal pun, tidak sehina manusia masa kini.
Dua ayam jantan akan bersabung mempertaruhkan nyawa untuk berebut ayam betina demi menjaga kehormatannya.

tetapi manusia, dengan dalih kebebasan mengorbankan harga dirinya.

Dijual dengan harga yang murah tubuh dan kehormatannya.
Kita ambil contoh yang dekat saja, tak perlu melangkah jauh ke negera-negara Barat.
Kita pergi ke pantai dan lihat betapa wanita-wanita muslimah mempertontonkan tubuhnya. Hampir seluruh tubuhnya diperlihatkan. Kecuali dua bahagian yang tertutup. Malah ada yang lebih berani membuka bahagian atasnya. Tontonan seperti itu ada di mana-mana. Di negara muslim atau di negara yang majoritinya muslim.

Di tempat pesta atau kelab malam di mana keluarga "moden" datang, menari berganti pasangan, saling bertukar isteri untuk bergoyangan dan berpelukan, berhimpitan dada, perut dan menggenggam tangan. Tidak ada perasaan malu dan memberi harga kepada diri mereka sendiri.

Di sekolah atau universiti, terdapat juga pergaulan bebas. Para puteri membuka sebahagian aurat tanpa pencegahan ibu bapanya.
Contoh-contoh seperti yang aku sebutkan itu hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku.
Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang beraneka ragam yang pasti anda juga melihatnya. Semua itu tak mungkin diubah sekelip mata. Maka kita memerlukan cara khusus dan proses waktu untuk menghilangkannya. Jalan yang tepat yang perlu ditempuhi adalah kembali kepada hak dan kebenaran dengan melalui jalan yang boleh membawa kepada kebaikan. Jalan tersebut memang memakan masa yang lama dan lambat. Tetapi itulah satu-satunya jalan yang mesti dilalui.

Usaha awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. Bagi wanita yang bergaul bebas tetapi masih memakai tudung dan menutup aurat, penggarapannya lebih mudah. Mereka yang bertudung diusahakan agar tudung dan pakaian muslimah yang dipakainya tidak diniatkan untuk meningkatkan kecantikan dan menggoda lelaki.

Perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas adalah:
Seorang wanita menerima tetamu lelaki di rumahnya.
Manakala di tempat umum, berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.
Bersama-sama pergi atau pulang dari sekolah (kuliah, berbual secara bebas, berkumpul dengan dalih belajar bersama).
Semua itu tergolong dalam pergaulan bebas.

Dan ini merupakan sumber malapetaka kehancuran akhlak.
Cara pergaulan seperti itu dianggapnya biasa.

Dia lupa bahawa Allah menciptakannya sebagai wanita dan yang lain ialah lelaki.
Masing-masing mempunyai kecenderungan dan daya tarikan. Tidak ada satu makhluk di muka bumi ini yang dapat mengubah ciptaan Allah atau membuat persamaan di antara keduanya ataupun menghilangkan kecenderungan (hasrat) dari pihak masing-masing.

Wanita-wanita menganjurkan persamaan hak dan pergaulan bebas, menuntut persamaan di atas dasar kemajuan dan tuntutan zaman adalah pembohong besar. Mereka sebenarnya hanya mencari kepuasan nafsu sahaja. Mereka beranggapan, bahawa kaum lelaki lebih mendapat kenikmatan daripada wanita. Kerana itu mereka berusaha untuk merasakan kenikmatan itu.

Mereka tidak berani untuk menyatakan secara terang-terangan.
Mereka sembunyikan hasrat itu dan yang ditonjolkan ialah isu "tuntutan zaman", "seni dan budaya", "kehidupan kampus", "alam mahasiswa atau pelajar", "semangat kesukanan".

Mereka gembar-gemburkan perkara ini seperti suara beduk kosong yang tidak membawa sebarang pengertian.

Hak yang mereka tuntut adalah batil. Mereka menjadikan Amerika dan Eropah sebagai kiblat dan pemimpin kemajuan.
Apa-apapun yang datang dari sana maka itu adalah baik dan tepat.

Eropah mengirimkan tarian, diterima!

Mengirimkan model pakaian telanjang, ditiru!

Percampuran bebas di kampus, mempertontonkan paha dan dada di kolam renang dan tepi pantai dipandang wajar.

Sebaliknya, yang datang dari timur dipandang jelik dan batil, walaupun itu adalah pancaran dari suara masjid, bimbingan dan tuntunan agama, kehormatan dan harga diri, kebersihan dan kemuliaan jiwa, hati dan jasmani serta penutupan aurat sebagai pelindung dan harga peribadi muslimah.

Kita sebagai orang timur menerima mentah-mentah apa yang datang dari barat. Tapi sebahagian orang barat menolak "produknya" sendiri.
Masyarakat Eropah dan Amerika, sebahagiannya menolak pergaulan bebas. Mereka sangat menjaga pergaulan anak-anaknya.

Di Paris, kebanyakan orang tua melarang puterinya keluar bersama pemuda untuk ke pawagam misalnya. Ada juga yang muak jika menonton filem lucah.

Di Amerika, ramai orang tua yang memilih sekolah khusus untuk puteri untuk anak-anak gadisnya. Mereka takut untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah yang bercampur dengan pemuda. Mereka juga mengawal jika puteri-puterinya pergi berenang.


APAKAH PERGAULAN BEBAS DAPAT MEMBENDUNG GELOJAK NAFSU SYAHWAT?
Mereka menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti "mulia" dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.

Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya.

Kita tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.
Rusia, negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat ulama, paderi
atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan bebas.

Amerika, negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat.
Lalu, di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan seperti di atas?
Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara kita?
Apa yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda.

Para pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini.
Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat.
Aku hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat.
Kerana engkaulah yang bakal menerima akibat, engkau yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis.

Janganlah engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan
"Persamaan dan Kebebasan",

"Kemajuan dan Modenisasi",

"Kebudayaan dan Kesenian",

"Kehidupan Kampus",

"Alam Pelajar dan Mahasiswa".

Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya akan menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.
Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri.
Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri.
Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku.
Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri.
Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda.
Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu?

Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu.
Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati.
Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.

Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan engkau mahu mendengar.
Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki.
Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan.
Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan
menjadi baik.