Sunday 21 June 2015

Tips Temuduga (Pengenalan)

Assalamualaikum.. hye bloggers, lamanya tak update, actually saya busy sangat sejak-sejak ni.. kalau online whatsapp pun jadi takde mood sebab semuanya urusan rasmi. hehe, saya pun nak juga rest rest, teringin nak lari dari semua kesibukan dan keserabutan ni. tapi bila difikirkan semula, kesibukan jua adalah ibadah dan Allah akan persoalkan apa yang kita buat di masa lapang. pujuk hati, jangan sesekali mengeluh, semoga Allah redha dengan segala amalan dan kerja buat kita. aamiin.. kiki emoticon
okay lah taknak membebel panjang, harini saya nak share step by step tentang persediaan menghadapi temuduga. setakat umur 19 tahun ni, Alhamdulillah saya dah pergi bermacam-macam temuduga, temuduga kerajaan pun ada, swasta pun ada, ada yang berjaya dan ada yang gagal.
saya faham tak semua orang sudi untuk berkongsi pengalaman, saya pun sebenarnya takut-takut untuk kongsikan pengalaman dan reality temuduga di sini atas alasan peribadi. sebab tu saya ambil masa yang agak lama untuk berkongsi. saya minta maaf sangat-sangat daripada rakan yang menunggu entri tentang tips temuduga ni smile emoticon
Persoalan demi persoalan daripada sahabat dan kenalan-kenalan tentang temuduga termasuklah persediaan mental, fizikal, dokumen, tips dan yang berkaitan, membuatkan saya rasa bersalah. kalau saya berkongsi, takut pula ada yang salah atau ada pengkritik tak bertauliah. tapi sekiranya saya tak berkongsi, Ya Allah, siapa lagi yang nak kongsi? jadi dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya beranikan diri untuk kongsi semuanya secara terbuka. Dan sekiranya anda ada yang tidak setuju, mohon perbetulkan atau utarakan pendapat anda di ruang komen. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat bantu kita semua.

No comments:

Post a Comment