Sunday 21 June 2015

'Paramedics' tu ape?

'awak sekarang kerja ke student?'Nak kata kerja, belum lagi.nak kata student, tak juga... Mungkin yang paling tepat adalah bakal pelatih separa perubatan (paramedics practitioner), intake July 2015 smile emoticon
Em bila sebut paramedik, orang akan cakap.. Wahh.. Hebat... Actually xda apa pun 
smile emoticon


paramedics atau dalam Bahasa Melayunya kumpulan separa perubatan. Medical assistant, dental assistant, nurse (jururawat masyarakat U17, staff nurse U29, dental nurse U29) ,physiotherapist, radiologist, occupational therapist, health officer, pharmacist and seangkatan dengan jawatan-jawatan ni disebut paramedics ataupun ahli separa perubatan.

Dulu masa kecik-kecik, saya pun taktau 'paramedik' tu apa.. Tapi bila dengar, hati ni akan rasa cam.wahh mesti hebat (wlupun hakikatnya biasa saja). Harini macam tak percaya, Allah letakkan saya dalam bidang separa perubatan pergigian. Sebagai bakal pembantu pembedahan pergigian bergred U17. smile emoticon

Dan sebenarnya, dalam istilah pangkat/gred perubatan, U17 tu hanya bertaraf sijil... Paling rendah dalam perjawatan separa perubatan. U29 bertaraf diploma.. And kalau tak silap, U41 adalah pangkat bagi seorang dentist.

Kira, ada risiko dan banyak cabarannya. Saya setakat SPM saja, sebagai student aliran sains tulen agama (Islamic and Science stream student), kelayakan 6A 2B, dan GCE o-level 1119 bergred 2A (international English level 2). Jika melanggar perjanjian Kementerian Kesihatan Malaysia, Ya Allah... Habis la.. Dengan SPM saja, tak boleh bawa ke mana pun. Lain pula dengan kawan-kawan yang ada kelulusan STPM, degree, master dan PhD. smile emoticon (sebab tu, nis cakap jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.. Rezeki dan perjalanan hidup kita tak sama. Yakin.. Allah dah atur elok dah. And in every single thing in this dunya, there are many benefits and risks. ). ok see ya ! ^^

Tips Temuduga (Persediaan File)

ok pasal file... susun comel2.. letak kemas2... smile emoticon
dlm file tu, mulakan dengan surat beranak, ic, surat berhenti sk, sijil spm, sijil stpm ke, sijil koko ........ sijil pmr. upsr x perlu. tentang sijil kegiatan koko pula, masukkan yg menyerlah saja. sijil peringkat negeri.. antarabgsa. klu ada sijil anugerah ke apa, masukkan aja. sijil tu, tips sy... awk ikut awk.... sijil sijil sy, sy susun dgn sebab nk tunjuk kat panel 'ni la sy... sy penah join ini ini ini... sy dapat anugerah ini ini ini smile emoticon

sbb sy perhatikan calon ada yg main letak ikut suka ja. nmpk berselerak dan tak kemas.. jgn byk sgt sijil.. sbb panel dah pening2 nk selak file kita yg berat dan byk kertas tu 😁
susun ikut kreativiti. smile emoticon



Sy ada bawa dua fail masa gi temuduga haritu . fail yg kemas dan sederhana nipis (fail clear holder dan fail poket). dlm fail poket tu, sy letakkan kertas2 yg potostat, resume dan borang maklumat (gambar passport lekat siap2). nnti masa nk daftar kehadiran, awk just keluarkn fail poket tu saja. Senang.

bila tiba giliran awak dipanggil utk interview, awak just bawa masuk file clear holder yg berisi dokumen penting dan sijil-sijil tadi. beg xperlu bawa masuk.

* klu awak rasa form 5 awk active, ada sijil best2.. hm takpa lah klu nk bawa sijil form5 saja. tp sy lebih prefer awak bawa sijil yg utk tempoh 3 hingga 5 tahun. dan sijil2 lain yg menarik utk dikongsi.
mcm sy, sy ada sijil anugerah pelajar bersahsiah masa darjah 4 oleh guru besar sekolah dan ahli parlimen. jadi sy letak sijil tu di belakang sekali. menunjukkan sedikit sbyk tentg siapa sy masa sekolah rendah 

Tips Temuduga ( Semasa ditemuduga)

perkenalkan diri secara profesional dan matang. ikut awk la mcm mna pun smile emoticon tp sebaiknya just cerita yg penting2 saja. nama umur asal belajar di mana dlm bidang apa. mak ayah kerja apa. dan pasal family serba sikit. awk boleh juga ckp yg awak ni dri family yg sederhana susah kaya atau sebagainya. pastu cerita apa yg menarik tntg diri awk (kelebihan, sumbangan yg awk boleh berikan). jgn cerita byk tntg kelemahan. boleh juga klu awk nk ckp serba sikit yg awk minat dan harap diberi peluang join kkm. interview ni kita kna byk ckp.. dan bahasa kita biar formal. dri segi cara kita bercakap, panel boleh kenalpasti tahap kematangan kita.
masa kenalkn diri, nak xnk mmg kna cerita pasal family tp jgn sampai meleret dan membosankan. kna pelbagaikn cara penyampaian.
salinan potostat, sahkan... resume, buat lah. jgn ikut ckp org... kita yg nk jalani temuduga. biar ada kesungguhan. mmg itu adatnya nk gi temuduga. smile emoticon sy duk tgk ada yg tak sah... ada yg tak buat resume.. bkn nk ckp tinggi tp sy rasa x sepatutnya jadi mcm tu smile emoticon kita nk minta kerja, jadi cara kita tu klu boleh, biar cara seorg pekerja. keep humble.

Tips Temuduga (Resume or Curriculum Vitae)

kali ni saya nak kongsikan tentang resume terlebih dahulu grin emoticon tau tak apa itu resume? resume ni senang cakap, beberapa keping kertas yang menceritakan siapa diri kita secara umum. ada orang buat 1 mukasurat saja. ada juga yang buat 2 hingga 4 mukasurat... setahu saya, yang banyak mukasurat tu, kita gelarkannya sebagai CV ataupun Curriculum Vitae. kedua-duanya adalah benda yang sama, yang membezakan hanyanya ketebalan dan perincian maklumat yang diceritakan di kertas tu. smile emoticon
Mana yang lebih berkualiti? resume ataupun CV? bagi saya, kualiti sesuatu kertas itu bukan terletak pada ketebalan dan perincian data, tapi terletak pada professionalism dan kekreatifan kita sendiri, bagaimana kita nak hasilkan resume (read : bagaimana kita nak promote/mempersembahkan diri secara bertulis ) yang outstanding. like emoticon
resume atau CV tak ada format tetap. atas kita macam mana nak hasilkannya..
1) ada yang ciplak resume orang lain - minta softcopy resume orang lain then just tukar maklumat peribadi.
2) ada yang download template resume dari internet atau mana-mana open sharing websites - guna template resume yang dicipta orang lain di internet.
3) dan ada yang usaha type sendiri resume nya - type ayat sendiri, insert shape and font secara manual.
bagi saya, kita nak mohon kerja so biar kita mulakan dengan cara yang betul, elak dari ciplak hak cipta orang lain, "hak cipta" di sini, maksud saya, jangan guna cara number 1. cara saya, saya hasilkan resume dengan cara download FREE/OPEN resume template dari hloom.com then saya edit resume saya guna microsoft paint sahaja. Isi/ kandungan resume, saya try create sendiri (saya ada jumpa cikgu bahasa inggeris, cikgu bahasa melayu dan beberapa orang berpengalaman menghasilkan resume untuk mendapatkan gambaran) . kat bawah ni saya kongsikan link untuk download resume. just click-click and download mana yang berkenan di hati. heart emoticon
yang gambar atas tu adalah resume saya. 'Professional Resume' nama nya.. selalunya kita tengok resume just black and white saja kan? grin emoticon ha so apakata kali ni, seiring dengan zaman teknologi, kita create resume yg layout nya ceria macam resume saya ni. temuduga untuk jabatan kerajaan boleh ja resume macam ni. Tapi kena berani present. sebab first time temuduga nurse under kementerian kesihatan malaysia, penemuduga cakap 'wahh, you punya resume pelik' tapi dia minta simpan sebab dia kata dinamic. smile emoticon ini tips dari saya, anda berani? saya cabar... cubalah ! tapi risiko tanggung sendiri colonthree emoticon kiki emoticon hehe.. no lah. trust me.. it is worth. I did it. 

Tips Temuduga (Pengenalan)

Assalamualaikum.. hye bloggers, lamanya tak update, actually saya busy sangat sejak-sejak ni.. kalau online whatsapp pun jadi takde mood sebab semuanya urusan rasmi. hehe, saya pun nak juga rest rest, teringin nak lari dari semua kesibukan dan keserabutan ni. tapi bila difikirkan semula, kesibukan jua adalah ibadah dan Allah akan persoalkan apa yang kita buat di masa lapang. pujuk hati, jangan sesekali mengeluh, semoga Allah redha dengan segala amalan dan kerja buat kita. aamiin.. kiki emoticon
okay lah taknak membebel panjang, harini saya nak share step by step tentang persediaan menghadapi temuduga. setakat umur 19 tahun ni, Alhamdulillah saya dah pergi bermacam-macam temuduga, temuduga kerajaan pun ada, swasta pun ada, ada yang berjaya dan ada yang gagal.
saya faham tak semua orang sudi untuk berkongsi pengalaman, saya pun sebenarnya takut-takut untuk kongsikan pengalaman dan reality temuduga di sini atas alasan peribadi. sebab tu saya ambil masa yang agak lama untuk berkongsi. saya minta maaf sangat-sangat daripada rakan yang menunggu entri tentang tips temuduga ni smile emoticon
Persoalan demi persoalan daripada sahabat dan kenalan-kenalan tentang temuduga termasuklah persediaan mental, fizikal, dokumen, tips dan yang berkaitan, membuatkan saya rasa bersalah. kalau saya berkongsi, takut pula ada yang salah atau ada pengkritik tak bertauliah. tapi sekiranya saya tak berkongsi, Ya Allah, siapa lagi yang nak kongsi? jadi dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya beranikan diri untuk kongsi semuanya secara terbuka. Dan sekiranya anda ada yang tidak setuju, mohon perbetulkan atau utarakan pendapat anda di ruang komen. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat bantu kita semua.

Monday 8 June 2015

Separa Perubatan Intake July 2015

Assalamualaikum.. hye.. hehe harini aku nak bercerita sikit.. bosan.
semua pakat busy, akhirkan blog ni juga tempat aku meluahkan rasa hati.
emm harini, 8 Jun 2015, antara hari yang paling best dalam hidup aku , heboh di group Temuduga Latihan Separa Perubatan di Fesbuk mengatakan bahawa kami, calon-calon separa perubatan (paramedics) dah boleh semakan penempatan. Aku teruja melihat rakan-rakan sibuk post dan berbalas komen, 'wei sapa dapat KJ Penang, kita geng ' ' yeay, aku dapat Kolej Pembantu Perubatan Seremban ! 'bakal-bakal pelatih KSKB Ulu Kinta, jumpa di sana 1 July ni.. haha ' ' siapa nak join group whatsapp, drop number sini '

ya, meriah sangat... mana tak meriahnya, sebenarnya kami calon-calon paramedics ni ada kisah masing-masing. yang pernah gagal 7,8 kali temuduga SPA pun ada.. tapi kami still kuat bagi semangat antara satu sama lain. aku still ingat, ada sorang calon post something kat group, kata-kata dia tu memang menunjukkan yang dia frust habis sebab gagal, keputusan SPM 8A kalau tak silap, perempuan.. aku tak pasti kenapa dia tak dapat tawaran IPTA atau matrik. katanya sedih sangat asyik diperli oleh family sendiri sebab hanya duduk di rumah selepas dapat keputusan SPM.

satu hari tu, dia post , dia berjaya temuduga pembantu pegawai perubatan. aku rasa sebak, Allah uji dia dengan sesuatu yang aku rasa dia mmpu hadapi dan akhirnya Allah beri pada dia jawatan paramedics yang susah nak dapat. persaingan dalam bidang medical assistant adalah amat tinggi tambah-tambah perempuan. Senior cakap untuk setiap intake biasanya 70% lelaki, 30% saja perempuan. korang nampak tak? hee, Allah tu Maha Kaya.. Maha Adil. Bersyukurlah...
miyaa, tahniah syg. aku tumpang bangga dan gembira.

okay, ni link untuk calon paramedics intake July 2015. download je semua dan pastikan settle sebelum lapor diri.. aku so far, alhamdulillah dah siap beli barang.. esok nak pi jumpa doc untuk settlekan medical check up, then pi pejabat pos beli setem hasil. in syaa Allah dalam minggu ni juga aku akan jumpa pesuruh jaya sumpah dan lengkapnya semua borang yang melibatkan penjamin. ok kawan-kawan blogger, jumpa lagi.. tata. hee

http://elpp.moh.gov.my/dokumen_pra.php

Sunday 7 June 2015

Dental Surgery Assistant-to-be

Sebenarnya, bukan lah semudah yang orang sangka smile emoticon kalau kita jenis mengada-ngada dan manja, sorry, diorang takkan senang-senang bagi peluang kat kita. Tambah-tambah pula dengan fizikal aku yang kecil dan jarang menonjolkan diri, orang senang nak underestimate.
Dr. Lina dan Puas Ros (Pegawai KKM dan Pegawai SPA) ada cabar aku masa sesi temuduga, In syaa Allah, aku akan sahut apa yang mereka dua kata. sebab tu lah aku tiap-tiap hari fikir dan plan something, aku memang sedar aku takda apa (gagal berkali-kali tu cukup jelas menunjukkan aku tak setaraf dengan student IPTA), mentah orang kata, cuma aku selalu cuba levelkan tahap kematangan seiring dengan usia. nak lepasi tapisan sistem, nak lepasi temuduga pun Allahu, perit.
nak hadap 2 tahun ni bukan tempoh yang main-main walaupun grad DSA ni paling rendah dalam jawatan paramedics. rindu Mr Rosli, dia cakap, 'hanis, takpa, you're what you choose, I tau susah, tapi hanis cakap pada diri sendiri ''ya, pembantu. tapi bukan calang-calang pembantu" . I support you tinggalkan Irshad and join paramedics team ' . smile emoticon
realitinya, 60% dalam hidup aku terutamanya golongan berpangkat dan berpendidikan, pandang rendah, bukan pandang rendah terhadap bidang ni, tapi mereka lebih kepada merendahkan diri aku. mereka tak yakin aku mampu. tapi aku tahu sejauh mana aku boleh pergi smile emoticon Allah yang letakkan aku dalam bidang ni. In syaa Allah, pelan-pelan.... hehe wink emoticon