Wednesday 11 June 2014

make up?

'' kaknis, boleh ke kalau nak make up? ''

BOLEH, tapi JANGAN melampau-lampau, seperti video ni.  Rasulullah larang kita bertabarruj.
ustazah kesayangan kaknis kat Irshad ada cakap, boleh ja nak make up, nak pakai kasut tinggi, tapi jagalah apa yang sepatutnya kita jaga sebagai wanita muslimah.. SEBAIKNYA, elak lah make up, make up. Takut jadi zina mata. kalau nak make up juga, biar sederhana, untuk keyakinan dan penampilan diri. nak pakai kasut tinggi, better yg rata, jgn yg bertumit 'tajam' sehingga mencecah 3,4 inci. Sebab kasut high heel boleh menghasilkan bunyi = mnarik perhatian ajnabi.

Jadi hukumnya, 
1) harus (sederhana, solekan nipis, sekadar untuk keyakinan dan penampilan diri)
2) haram ( tabarruj, solekan tebal, menunjuk-nunjuk kecantikan kepada ajnabi)
Nak keluarkan hujah, tersangat la banyak. Hanya mampu keluarkan beberapa dalil dan hadis untuk renungan dan muhasabah bersama.

* Dalil :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[Surah An-Nur ; ayat 31]

* Hadis soheh :

Rasulullah saw sendiri pernah bersabda,
Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.
Dua golongan dikalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang mendorong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu bisa dicium dari jarak demikian dan demikan.

Allahu' aalam 

No comments:

Post a Comment