Thursday 17 July 2014

Muet Irshad Way

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat cikgu-cikgu, blogger, senior, junior dan batch 1996 terutamanya Irshadian Fantastix 0913. Saya nak berkongsi satu blog yang diuruskan oleh Sir Rosli, guru MUET di SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang. Blog ini telahpun saya kongsi di page pelajar STPM dan page https://www.facebook.com/PreUniversi, tetapi disebabkan rasa blog ni mungkin bermanfaat kepada rakan-rakan yang lain, saya kongsikan sekali lagi di blog saya sendiri.

Untuk pengetahuan anda, bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran MUET pelajar Pra-Universiti Irshad, Sir Rosli telah memperkenalkan kaedah pembelajaran W.A.L.L iaitu Web-Assisted Language Learning di mana, kami belajar dengan menggunakan teknologi maklumat, berhubung dan menghantar assignment melalui e-mail.

Sebenarnya, sistem W.A.L.L ini telah lama digunapakai oleh negara US (20 tahun) , UK (10 tahun) dan negara membangun yang lain cuma di Malaysia, kita masih lagi mencuba untuk mengaplikasi sistem ini sikit demi sedikit. Kami berharap agar, dengan adanya sistem W.A.L.L ni, pelajar-pelajar Pra-Universiti dapat melatih dan membiasakan diri menggunakan Internet sebagai alat bantu belajar dengan lebih menarik dan berkesan. In syaa Allah. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment