Wahai
puteriku........ aku seorang bapa yang sedang
berjalan
memasuki usia lima puluh tahun.
Usia
muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan
segala ujian-ujian
dunia.
Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara
jelas dan mudah.
Wahai
puteriku, banyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk
menegakkan akhlak,
menjunjung
budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan
nafsu
syahwat
untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua
itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku
gunakan menjadi tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang
aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk
membanterasnya.
Di
setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam
pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka
auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok.
Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang
mampu mengelak.
Sebagai
contoh Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat
menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah!!! Para
wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan
dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa
penyebabnya?
Sebabnya
ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita
tidak tahu
jalannya.
Wahai
puteriku,pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu.
Jika engkau
menyakininya
dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan
menjadi baik.
Engkau
benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan
dosa, bukan wanita.
Tetapi
ingat!
Bahawa
tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras
melangkah maju.
Engkaulah
yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau
berkata kepada pencuri:
"Silakan
masuk".......
dan
setelah engkau kecurian barulah tersedar.
Ketika
itu barulah engkau berteriak
"Tolong
tolong.......aku kecurian".
Seandainya
engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau
akan lari
seperti
larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya
engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan
berhati-hati dan
sentiasa
menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika
yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang
diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari
sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki
menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan
kehormatanmu.
Nasib
seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib
seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai
puterikuDemi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah
gadis itu
telanjang
di hadapannya tanpa pakaian.
Aku
bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya
terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak
dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah
sebagai teman akrab". Bohong....... bohong....... Bohong...... demi Allah
dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka,
pasti engkau akan takut dan ngeri.
Tidak
akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan
lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada
maksud-maksud tertentu. Setidak- tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu
adalah langkah awal.
Apakah
sesudah itu wahai puteriku???
Renungkanlah!!!
Kamu
berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau
rasakan sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau.
Dan
engkau...., akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk
selama-lamanya.
Dia
pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan
diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru,
engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.
Engkau
sedih dan muram.
Engkau
bingung dan gelisah.
Lelaki
yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang
zalim, bahkan... diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan:
"Dia
yang dahulu sesat, tetapi sekarang sudah bertaubat".
Tapi
engkau?
Engkau
akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan
mengampuni
dosamu.
Seandainya
ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas...
Engkau
alihkan pandanganmu dari pandangannya
Seandainya
sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan
mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau
tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya
Kalau
engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan
serentak menolongmu.
sudah
itu...., dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.
Wahai
puteriku.......
Lelaki
yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati,
memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia
datang untuk meminang dan mengahwinimu.
Seorang
gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat
kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita:
"Mencapai
kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat
dan ibu rumahtangga yang baik".
Cita-cita
seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang
ratu, keluarga
raja,
bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.
Aku
mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar
tokoh. Ilmunya dikagumi, kekayaanya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan
kehormatannya. Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun tiba-tiba hilang
keseimbangan akalnya....... dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya,
pasti semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.
Perkahwinan
adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi
sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden,
tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.
Lelaki,
pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak
akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi
wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam
perangkap nista, pasti dengan segera lelaki itu pergi meninggalkannya. Dia akan
tegap melangkah keluar.
Lelaki
yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan
apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.
Seorang
pemuda jalang yang rosak dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis
yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi
alat permainannya dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau
gadis lalai yang rela dikahwini dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut
syariat binatang, pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang isteri yang perlu
dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.
Puteriku.....,
suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan, penyebabnya adalah
kerana kesalahanmu sendiri.
Jatuhnya
pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga
adalah
kerana perbuatanmu!
Lantas,
kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?
Kenapa
para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?
Kamu,
para wanita tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum
lelaki.
Kamu
sebagai wanita terhormat, mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama,
pada akhirnya
akan
menjadi mangsa dan korbannya.
Hampir
di setiap rumah di negeri Syam terdapat gadis-gadis pada usia yang layak
berkahwin belum
mempunyai
calon dan gadis yang sudah lewat usianya belum juga bersuami.
Para
pemudanya merasa puas dengan hanya berpacar-pacaran dan bergaul bebas daripada
beristeri.
Mungkin
keadaan seperti ini juga terdapat di negara-negara Islam yang lain.
Wahai
puteriku.......
Dirikanlah
wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang
anggotanya
terdiri
daripada para cendiakawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk
mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran.
Ancam
dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu
mendengar dan
tidak
rasa takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya.
Kalau
mereka tidak juga peduli, berikan penjelasan dan contoh-contoh kenyataan yang
ada, katakan
kepada
mereka:
"Anda
remaja cantik, ramai pemuda yang tertarik dan mengharapkan anda. Kecantikan
anda seperti
sekarang
ini apakah akan terus bertahan?
Bagaimana
nasib anda nanti setelah tua?
Ketika
muka anda sudah kerepot dan badan membongkok?
Siapakah
nanti yang akan menguruskan anda?
Siapakah
ketika itu akan memperhatikan nasib anda?
Tahukah
anda, siapa yang akan menghormati dan memuliakan orang tua yang tidak berdaya
lagi?
Hanya
anak dan cucu-cucunya!
Di
tengah-tengah mereka, orang tua sepertinya menjadi ratu di antara rakyat,
bermahkota, duduk di singgahsana.
Bagaimana
nasib anda nanti jika terus begini?
Bagaimana
derita anda di kemudian hari?
Anda
lebih tahu dari kami.
Cuba
anda renungkan...
"Apakah
boleh disamakan lazatnya berhubungan yang sebentar sahaja nikmatnya
itu
dengan penderitaan-penderitaan anda?
Apakah
patut, harga kegadisan anda dibayar begitu murah dan penderitaan anda setelah
itu ditebus
dengan
harga sebegitu mahal?
Saya
rasa, anda cukup mampu mengarahkan dan memberi petunjuk pada kawan-kawan yang
tersesat dan perlu dikasihani. Saya tidak perlu berlama-lama memberi bimbingan
kata kepada anda. Saya yakin anda sendiri tentu telah mempunyai banyak bahan
untuk melakukan penyelamatan.
Sekiranya
segala usaha penyelamatan yang dilakukan kepada mereka tidak membawa hasil. Ya
cukuplah....... anda perlu menukar sasaran. Lakukan penyelamatan kepada mereka
yang belum terkena. Cegah mereka dari serangan penyakit menular itu. Pada
umumnya, penyakit seperti itu mudah menyerang wanita- wanita lalai dan gadis
yang menginjak dewasa. Bimbinglah mereka agar tidak tersesat jalan.
Apa
yang anda lakukan adalah secara bertahap. Saya tidak mengharapkan anda mengajak
para wanita Islam melakukan perubahan yang drastik, sekali nasihat terus
berubah menjadi muslimah sejati. Segalanya hendaklah dengan wajar, perlahan dan
mencapai sasaran.
Biasanya,
adalah mustahil dengan memberi sekali kefahaman kemudian dapat mengubah haluan.
Kembalikanlah dia kepada kebaikan selangkah demi selangkah, sebagaimana dia
sebelumnya sedikit demi sedikit menuju kepada kejahatan.
Kamu
semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan di tangan. Kamu
juga menipiskan kain tudung. Dan prosesnya berjalan perlahan-perlahan selama
berabad-abad.
Sebaliknya,
kaum lelaki tidak melihat dan merasakan perubahan itu seperti apabila kita
perhatikan jam dinding, kita dapat lihat jarum pendek seolah-olah tidak
bergerak.
Tetapi
apabila anda datang setelah dua jam anda akan melihat jarum itu bergerak.
Begitu juga peralihan dari masa kanak-kanak menjadi remaja dan usia muda kepada
tua, seolah-olah tidak boleh diikuti dengan indera.
Demikanlah
juga berubahnya satu umat manusia, dari satu keadaan kepada keadaan lain yang
berlaku secara berperingkat.
Majalah
dan suratkhabar perosak akhlak terus beredar dan semakin meluas.
Para
penganjur kerosakan moral bersorak gembira kerana berjaya meraih kemenangan
besar dalam pertandingan. Kini, kita telah sampai pada batas yang tidak lagi
diredhai islam.
Jika
anda membaca sejarah, anda tidak akan menemui keadaan seperti ini.
Bahkan
kaum majusi pun tidak mengenali kebebasan yang sedemikian itu.
Binatang
yang tidak mempunyai akal pun, tidak sehina manusia masa kini.
Dua
ayam jantan akan bersabung mempertaruhkan nyawa untuk berebut ayam betina demi
menjaga kehormatannya.
tetapi
manusia, dengan dalih kebebasan mengorbankan harga dirinya.
Dijual
dengan harga yang murah tubuh dan kehormatannya.
Kita
ambil contoh yang dekat saja, tak perlu melangkah jauh ke negera-negara Barat.
Kita
pergi ke pantai dan lihat betapa wanita-wanita muslimah mempertontonkan
tubuhnya. Hampir seluruh tubuhnya diperlihatkan. Kecuali dua bahagian yang
tertutup. Malah ada yang lebih berani membuka bahagian atasnya. Tontonan
seperti itu ada di mana-mana. Di negara muslim atau di negara yang majoritinya
muslim.
Di
tempat pesta atau kelab malam di mana keluarga "moden" datang, menari
berganti pasangan, saling bertukar isteri untuk bergoyangan dan berpelukan,
berhimpitan dada, perut dan menggenggam tangan. Tidak ada perasaan malu dan
memberi harga kepada diri mereka sendiri.
Di sekolah
atau universiti, terdapat juga pergaulan bebas. Para puteri membuka sebahagian
aurat tanpa pencegahan ibu bapanya.
Contoh-contoh
seperti yang aku sebutkan itu hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku.
Banyak
lagi peristiwa-peristiwa yang beraneka ragam yang pasti anda juga melihatnya.
Semua itu tak mungkin diubah sekelip mata. Maka kita memerlukan cara khusus dan
proses waktu untuk menghilangkannya. Jalan yang tepat yang perlu ditempuhi
adalah kembali kepada hak dan kebenaran dengan melalui jalan yang boleh membawa
kepada kebaikan. Jalan tersebut memang memakan masa yang lama dan lambat.
Tetapi itulah satu-satunya jalan yang mesti dilalui.
Usaha
awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. Bagi wanita
yang bergaul bebas tetapi masih memakai tudung dan menutup aurat, penggarapannya
lebih mudah. Mereka yang bertudung diusahakan agar tudung dan pakaian muslimah
yang dipakainya tidak diniatkan untuk meningkatkan kecantikan dan menggoda
lelaki.
Perbuatan
yang boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas adalah:
Seorang
wanita menerima tetamu lelaki di rumahnya.
Manakala
di tempat umum, berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.
Bersama-sama
pergi atau pulang dari sekolah (kuliah, berbual secara bebas, berkumpul dengan
dalih belajar bersama).
Semua
itu tergolong dalam pergaulan bebas.
Dan
ini merupakan sumber malapetaka kehancuran akhlak.
Cara
pergaulan seperti itu dianggapnya biasa.
Dia
lupa bahawa Allah menciptakannya sebagai wanita dan yang lain ialah lelaki.
Masing-masing
mempunyai kecenderungan dan daya tarikan. Tidak ada satu makhluk di muka bumi
ini yang dapat mengubah ciptaan Allah atau membuat persamaan di antara keduanya
ataupun menghilangkan kecenderungan (hasrat) dari pihak masing-masing.
Wanita-wanita
menganjurkan persamaan hak dan pergaulan bebas, menuntut persamaan di atas
dasar kemajuan dan tuntutan zaman adalah pembohong besar. Mereka sebenarnya
hanya mencari kepuasan nafsu sahaja. Mereka beranggapan, bahawa kaum lelaki
lebih mendapat kenikmatan daripada wanita. Kerana itu mereka berusaha untuk
merasakan kenikmatan itu.
Mereka
tidak berani untuk menyatakan secara terang-terangan.
Mereka
sembunyikan hasrat itu dan yang ditonjolkan ialah isu "tuntutan
zaman", "seni dan budaya", "kehidupan kampus",
"alam mahasiswa atau pelajar", "semangat kesukanan".
Mereka
gembar-gemburkan perkara ini seperti suara beduk kosong yang tidak membawa
sebarang pengertian.
Hak
yang mereka tuntut adalah batil. Mereka menjadikan Amerika dan Eropah sebagai
kiblat dan pemimpin kemajuan.
Apa-apapun
yang datang dari sana maka itu adalah baik dan tepat.
Eropah
mengirimkan tarian, diterima!
Mengirimkan
model pakaian telanjang, ditiru!
Percampuran
bebas di kampus, mempertontonkan paha dan dada di kolam renang dan tepi pantai
dipandang wajar.
Sebaliknya,
yang datang dari timur dipandang jelik dan batil, walaupun itu adalah pancaran
dari suara masjid, bimbingan dan tuntunan agama, kehormatan dan harga diri,
kebersihan dan kemuliaan jiwa, hati dan jasmani serta penutupan aurat sebagai
pelindung dan harga peribadi muslimah.
Kita
sebagai orang timur menerima mentah-mentah apa yang datang dari barat. Tapi
sebahagian orang barat menolak "produknya" sendiri.
Masyarakat
Eropah dan Amerika, sebahagiannya menolak pergaulan bebas. Mereka sangat
menjaga pergaulan anak-anaknya.
Di
Paris, kebanyakan orang tua melarang puterinya keluar bersama pemuda untuk ke
pawagam misalnya. Ada juga yang muak jika menonton filem lucah.
Di
Amerika, ramai orang tua yang memilih sekolah khusus untuk puteri untuk
anak-anak gadisnya. Mereka takut untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah
yang bercampur dengan pemuda. Mereka juga mengawal jika puteri-puterinya pergi
berenang.
APAKAH
PERGAULAN BEBAS DAPAT MEMBENDUNG GELOJAK NAFSU SYAHWAT?
Mereka
menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api
nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti
"mulia" dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.
Jawapan
itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya.
Kita
tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di
antara kedua-dua jantina ini.
Rusia,
negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat
ulama, paderi
atau
pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan
bebas.
Amerika,
negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya
siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat.
Lalu,
di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan
seperti di atas?
Dan
siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara
kita?
Apa
yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda.
Para
pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini.
Kerana
aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat.
Aku
hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan
terhormat.
Kerana
engkaulah yang bakal menerima akibat, engkau yang bakal menjadi korban kepada
pengikut-pengikut iblis.
Janganlah
engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan
"Persamaan
dan Kebebasan",
"Kemajuan
dan Modenisasi",
"Kebudayaan
dan Kesenian",
"Kehidupan
Kampus",
"Alam
Pelajar dan Mahasiswa".
Orang-orang
seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya akan
menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi
meninggalkan engkau.
Aku,
adalah ayah kepada beberapa orang puteri.
Aku
menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga
membela kepentingan puteriku sendiri.
Aku
menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula
kepada anak-anakku.
Mereka,
para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang
hilang kehormatan dan harga diri.
Mereka
tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada
kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda.
Apabila
itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu?
Pasti
tidak seorangpun akan datang membantumu.
Mereka
akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati.
Tapi
sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi
seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.
Wahai
Puteriku,
Itulah
nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan
engkau mahu mendengar.
Jangan
engkau dengar ungkapan yang lain,
yang
mengajak kepada kelalaian.
Hanya
di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki.
Hanya
di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan.
Sekiranya
engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan
menjadi
baik.