Monday, 8 June 2015

Separa Perubatan Intake July 2015

Assalamualaikum.. hye.. hehe harini aku nak bercerita sikit.. bosan.
semua pakat busy, akhirkan blog ni juga tempat aku meluahkan rasa hati.
emm harini, 8 Jun 2015, antara hari yang paling best dalam hidup aku , heboh di group Temuduga Latihan Separa Perubatan di Fesbuk mengatakan bahawa kami, calon-calon separa perubatan (paramedics) dah boleh semakan penempatan. Aku teruja melihat rakan-rakan sibuk post dan berbalas komen, 'wei sapa dapat KJ Penang, kita geng ' ' yeay, aku dapat Kolej Pembantu Perubatan Seremban ! 'bakal-bakal pelatih KSKB Ulu Kinta, jumpa di sana 1 July ni.. haha ' ' siapa nak join group whatsapp, drop number sini '

ya, meriah sangat... mana tak meriahnya, sebenarnya kami calon-calon paramedics ni ada kisah masing-masing. yang pernah gagal 7,8 kali temuduga SPA pun ada.. tapi kami still kuat bagi semangat antara satu sama lain. aku still ingat, ada sorang calon post something kat group, kata-kata dia tu memang menunjukkan yang dia frust habis sebab gagal, keputusan SPM 8A kalau tak silap, perempuan.. aku tak pasti kenapa dia tak dapat tawaran IPTA atau matrik. katanya sedih sangat asyik diperli oleh family sendiri sebab hanya duduk di rumah selepas dapat keputusan SPM.

satu hari tu, dia post , dia berjaya temuduga pembantu pegawai perubatan. aku rasa sebak, Allah uji dia dengan sesuatu yang aku rasa dia mmpu hadapi dan akhirnya Allah beri pada dia jawatan paramedics yang susah nak dapat. persaingan dalam bidang medical assistant adalah amat tinggi tambah-tambah perempuan. Senior cakap untuk setiap intake biasanya 70% lelaki, 30% saja perempuan. korang nampak tak? hee, Allah tu Maha Kaya.. Maha Adil. Bersyukurlah...
miyaa, tahniah syg. aku tumpang bangga dan gembira.

okay, ni link untuk calon paramedics intake July 2015. download je semua dan pastikan settle sebelum lapor diri.. aku so far, alhamdulillah dah siap beli barang.. esok nak pi jumpa doc untuk settlekan medical check up, then pi pejabat pos beli setem hasil. in syaa Allah dalam minggu ni juga aku akan jumpa pesuruh jaya sumpah dan lengkapnya semua borang yang melibatkan penjamin. ok kawan-kawan blogger, jumpa lagi.. tata. hee

http://elpp.moh.gov.my/dokumen_pra.php

No comments:

Post a Comment