nak cerita ni, tentang satu cerita realiti pasangan suami isteri yang mana si isteri tu curang dgn suami dia. :) cerita betul.. jadikan pengajaran. jgn risau, dalam fb nis takda kanak-kanak bawah umur kecuali adik kandung dan adik sepupu yang jarang-jarang buka fb.
makcik dan pakcik tu kedua-duanya bekerja. pakcik bekerja office hour, kira masa dia bermesra dengan makcik sangat terhad. nak jadi cerita, makcik ni ada masalah, dia tak luahkan pada pakcik hinggakan dia 'mencari' sesuatu utk lepaskan tekanan. kebetulan makcik selalu nampak seorang mamat indon handsome bekerja di depan rumah dia. makcik perhatikan mamat tu, mamat tu pun selalu perhatikan makcik.
kebetulan lagi, si mamat indon tadi bertukang (renovate) rumah mak mentua (mak kepada pakcik). disebabkan jatuh cinta, tiap-tiap pagi makcik sengaja pi rumah mak mentua dia sebab nak usya mamat indon tadi. satu hari, mak mentua takda di rumah, ada kejadian di mana mamat indon tadi tiba-tiba memeluk pinggang makcik dan tarik masuk ke dalam bilik. mereka tak buat apa-apa tapi saat itu lah, mereka saling luahkan perasaan, suka sama suka.
bermula dari saat tu, bila pakcik keluar bekerja, makcik dan si indon tadi pun keluar buat 'kerja' ; dating, makan-makan, menonton wayang dan sebagainya. pegang-pegang, ciuman dah jadi biasa. si mamat indon memang selalu bagi kata-kata semangat pada makcik. hinggakan makcik jadi buta sebab cinta durjana.
Allah 'memberitahu' pakcik melalui sahabat pakcik. sahabat pakcik nampak makcik berdua-duaan di restoran dan memberitahu perkara tu pada pakcik. pakcik balik rumah dan paksa makcik jujur sejujur-jujurnya. makcik mengaku tapi dalam keadaan berbohong. makcik tak cerita yang sebetulnya tentang mamat indon tadi.
sekarang ni, hubungan makcik dan pakcik dingin. pakcik maafkan makcik tapi makcik masih gilakan mamat indon tadi yang diakuinya handsome macam hero sinetron indonesia 'Taxi'. makcik cakap 'aku sayang kedua-duanya, kalau boleh, dua-dua aku nak' . dalam diam, makcik masih berhubungan dengan mamat indon melalui sms dan call. makcik dah sampai tahap sanggup tinggalkan pakcik untuk bersama-sama dengan mamat indon tadi.
setahun kemudian , 'kamu jangan kacau saya lagi, saya mau pulang ke indon. saya ngak mahu tanggungjawab atas semua yang berlaku '. makcik dalam keadaan tak keruan, sms dah tak di balas. call tak berangkat.. si mamat indon tadi sekarang dah hilang entah ke mana. yang jadi mangsa, makcik yang masih lagi bodoh mengharapkan pemuda indonesia tadi. yang menanggung ujian hebat ini adalah pakcik. Allah... :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
nis just nak cakap, kita mungkin bukan perempuan yang baik-baik, kita mungkin perempuan yang nakal dalam diam, kita mungkin perempuan yang hina pada Allah tapi mulia pada pandangan manusia... kita memang perempuan tak sempurna, tapi sanggupkan kita hina 'syurga' kita?
apa yang kita kejar sebenarnya? kenapa bodoh sangat perempuan ni bila timbul soal hati dan perasaan? kenapa kita bodoh sangat menangisi cinta monyet yang tak pernah sudah-sudah? kenapa kita angkuh sangat, berlagak dengan Allah???
perempuan, kenapa kita semakin bodoh walaupun usia makin bertambah? kenapa kita masih menunggu tapi tak cuba untuk cari hidayah???? kenapa kita layan sangat rasa sunyi dan tercari-cari cinta dusta, padahal sepatutnya pada ALLAH, kita sepatutnya berserah segalanya! padahal sepatutnya pada ALLAH, kita sepatutnya mengisi kekosongan hati ! padahal pada ALLAH, kita sepatutnya mendoakan si dia yang bakal menjadi syurga kita... walaupun tak pernah kenal, walaupun tak pernah tahu, walaupun tak pernah terbayang pun gerangan si dia tu siapa. tapi percayalah, dia ada.
perempuan. kita berangan untuk menjadi bidadari syurga.. kita berharap untuk menjadi wanita solehah..kita mimpi untuk jadi isteri mithali tapi kita masih bodoh begini, adakah semua tu sekadar fantasi duniawi? mana letaknya kita ni di akhirat nanti??? murah. terlalu murah.
perempuan.kita menangis. dan terusss menangis.kita merintih. dan terus merintih. kita mengeluh dan terus mengeluh..diuji sedikit, dicanangkan nahhh seluas bukit ! penipu. kita putus asa? pada siapa sebenarnya ??kita berputus asa dengan rahmat ALLAH !! tapi kita tak sedar sebab kita bodoh ! kita tak sedar sebab kita bodoh.
perempuan. kita seorang ibu. kita seorang kakak.kita seorang makcik.kita seorang nenek. kita seorang isteri. kita seorang anak. kita seorang HAMBA ALLAH. kita ada tanggungjawab yang besar.. kita bukan seorang yang lemah tapi sebenarnya kita 'tak tabah' .sedarlah. sedarlah sayang.
makcik tu murabbi aku !! makcik tu murabbi aku, kawan-kawan !! :'( kenapa jadi begitu? hanya satu.
KERANA IMAN. aku juga perempuan. :) aku tahu.
No comments:
Post a Comment