Sunday, 28 February 2016

Kaunter Part 1

" kaknis tukaq gambar profile wasep skrg, dah macam hantu mama tengok. sakit hati ". hihi

learned a thing.. bila umur mkin meningkat ni, kita akan ada gaya ego kita.. parents pula dgn natural hormone yg cepatttt sgt nk sensitif. susah nak jaga hati depa. setitis air mata ibu ayah.. tak bau syurga kita ni ha :) jalan terbaik, kita ikutkn ja la depa.. 'ye ye kan je ler' bak kata org melakau. syg sesungguhnya. terima seadanya.

tapi.. aku bkn nk cerita pasal  ni. aku nk cerita tntg patient niqabis, patient baby lain bangsa dan patient baby istimewa. antara moments yg buatkan aku makin sayang pekerjaan aku. sweetnya. dah takda lagi rasa rendah hati tak dapat sambung degree :') sijil pun sijil la. gred rendah pun rendah la. upah sikit pun xpa, janji berkat.. ye tak? :) in syaa Allah.
hehe.

serius ! wlupun bertugas kat kaunter ni suatu yang serabut kepala, jarang ada staff yg sanggup volunteer nk handle bhgian kaunter sambut patient, aku happy ja. kata Dr Dr dan staff lain, aku lah yg paling ceria sambut patient.. :D ^^ hm ye la tu? :) depa xtau sebenarnya, dsbalik figura hanis yg happy happy go lucky cmni, betapa mentalnya aku nk hadap lebih 150 orang  patient setiap hari dgn bermacam-macam feel. ada cara sbnrnya ;) nnti aku share.

tapi yg pasti di kaunter ni, banyak benda yg aku belajar, benda yg membentuk peribadi aku sikit demi sedikit, berguna untuk seluruh kehidupan aku yg baru nk kenal dunia sebenar. hmm paling penting, sikap sabar.. tenang.. ikhlas.. common sense.. quick pick up.... softskills.. social skills..word mindtricks. n how to deal with hectic problematic psychic patients. :) ha tntg 3 patient tdi... hahaha nnti je la aku cerita. letih dah keja. goodnight ^^ T_T

* rasa lega tension lepas kat sini. esok esok aku delete la :) haha

Oncall Relief

as tonight is on call relief duty night... ada kawan kawan n family duk tanya.. " nis, on call tu mcm mna? ".. hm.. on call tu.. entah ^^" aku pun taktau. ikut unit gak kut.. klu cm aku, stand by ja kat quarters ni ha. tahan mata, alert dgn phone, set alarm jam tiap 15 minutes sbb takut terlena.

Dr lak disediakn bilik on call, kat nuh, jabatan kcmsn n trauma sana. dalam bilik Dr ada katil, tv, meja, sofa, telefon meja n bilik air. huhu siap air cond wuu wuu. best tidur situ. tp actually manada Dr guna bilik tu :) salute... kdg2 Dr terlelap atas meja ja pegang pen. aku ckp terlelapppp ! bukan tidur. doze off for few seconds. hebatnya.. rasa sebak dgn kebaikan depa.

ni satgi klu dengar bunyi ambulance, and phone aku berbunyi, get ready cepat cepat ke e.d (emergency dept), for sure first first tu aku akn tgk sekilas pndang muka patient, fokus bhgian pipi n mulut.

then laju laju click click click click click click suis apa yg patut.. sambil make sure alatan yg mungkin digunapakai, well-function and forsep instrument bla bla bla cukup. prepare glove,gown, cap, mask utk Dr.
masa ni Dr xkan ada lgi, sbb Dr duk kalut dgn staff kat luar sana.. menangis menjerit meraung.... mengilai? pun ada tau. hehe tp tu bnda lain la. T_T dahhh fokus.
pastu once m.a dah siap tulis tulis, Dr pun dah buat apa yg patut, baru case diserah pada dentist n dentist akn serah kad pada aku. one eight p.e, one seven one two sound, one one two one fracture  n n n n n n 48 carious occlusal .

dah selesai charting gigi, tutup pintu. tinggal patient, Dr n aku bertiga. Dr hulur tgn, aku bagi benda, sulam sulam benang sikit, klu 1.. satu la. klu 24 jahit, 24 lah.. xda apa pun :) xkan rasa sakit lagi sbb dah bius. patient pun duk diam ja, kelipuk kelipuk mata. aku tgk hang, hang tgk aku. Dr tgk hang, Hang tgk Dr. Dr tgk aku, aku tgk Dr. cmtu la lebih kurang.
pastu balik, goodnight. hihi * sleepy ... esok o.t ... smgt nis smgt ! :D hope february better than january.. aamiin. btw raya cina x dpt balik Penang.. tiket xda. takpa lah. tgk March pula, see how. rindu kawan kawan nis. assalamualaikum :) poyo ja aku. hahaha

Sunday, 21 June 2015

'Paramedics' tu ape?

'awak sekarang kerja ke student?'Nak kata kerja, belum lagi.nak kata student, tak juga... Mungkin yang paling tepat adalah bakal pelatih separa perubatan (paramedics practitioner), intake July 2015 smile emoticon
Em bila sebut paramedik, orang akan cakap.. Wahh.. Hebat... Actually xda apa pun 
smile emoticon


paramedics atau dalam Bahasa Melayunya kumpulan separa perubatan. Medical assistant, dental assistant, nurse (jururawat masyarakat U17, staff nurse U29, dental nurse U29) ,physiotherapist, radiologist, occupational therapist, health officer, pharmacist and seangkatan dengan jawatan-jawatan ni disebut paramedics ataupun ahli separa perubatan.

Dulu masa kecik-kecik, saya pun taktau 'paramedik' tu apa.. Tapi bila dengar, hati ni akan rasa cam.wahh mesti hebat (wlupun hakikatnya biasa saja). Harini macam tak percaya, Allah letakkan saya dalam bidang separa perubatan pergigian. Sebagai bakal pembantu pembedahan pergigian bergred U17. smile emoticon

Dan sebenarnya, dalam istilah pangkat/gred perubatan, U17 tu hanya bertaraf sijil... Paling rendah dalam perjawatan separa perubatan. U29 bertaraf diploma.. And kalau tak silap, U41 adalah pangkat bagi seorang dentist.

Kira, ada risiko dan banyak cabarannya. Saya setakat SPM saja, sebagai student aliran sains tulen agama (Islamic and Science stream student), kelayakan 6A 2B, dan GCE o-level 1119 bergred 2A (international English level 2). Jika melanggar perjanjian Kementerian Kesihatan Malaysia, Ya Allah... Habis la.. Dengan SPM saja, tak boleh bawa ke mana pun. Lain pula dengan kawan-kawan yang ada kelulusan STPM, degree, master dan PhD. smile emoticon (sebab tu, nis cakap jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.. Rezeki dan perjalanan hidup kita tak sama. Yakin.. Allah dah atur elok dah. And in every single thing in this dunya, there are many benefits and risks. ). ok see ya ! ^^

Tips Temuduga (Persediaan File)

ok pasal file... susun comel2.. letak kemas2... smile emoticon
dlm file tu, mulakan dengan surat beranak, ic, surat berhenti sk, sijil spm, sijil stpm ke, sijil koko ........ sijil pmr. upsr x perlu. tentang sijil kegiatan koko pula, masukkan yg menyerlah saja. sijil peringkat negeri.. antarabgsa. klu ada sijil anugerah ke apa, masukkan aja. sijil tu, tips sy... awk ikut awk.... sijil sijil sy, sy susun dgn sebab nk tunjuk kat panel 'ni la sy... sy penah join ini ini ini... sy dapat anugerah ini ini ini smile emoticon

sbb sy perhatikan calon ada yg main letak ikut suka ja. nmpk berselerak dan tak kemas.. jgn byk sgt sijil.. sbb panel dah pening2 nk selak file kita yg berat dan byk kertas tu 😁
susun ikut kreativiti. smile emoticon



Sy ada bawa dua fail masa gi temuduga haritu . fail yg kemas dan sederhana nipis (fail clear holder dan fail poket). dlm fail poket tu, sy letakkan kertas2 yg potostat, resume dan borang maklumat (gambar passport lekat siap2). nnti masa nk daftar kehadiran, awk just keluarkn fail poket tu saja. Senang.

bila tiba giliran awak dipanggil utk interview, awak just bawa masuk file clear holder yg berisi dokumen penting dan sijil-sijil tadi. beg xperlu bawa masuk.

* klu awak rasa form 5 awk active, ada sijil best2.. hm takpa lah klu nk bawa sijil form5 saja. tp sy lebih prefer awak bawa sijil yg utk tempoh 3 hingga 5 tahun. dan sijil2 lain yg menarik utk dikongsi.
mcm sy, sy ada sijil anugerah pelajar bersahsiah masa darjah 4 oleh guru besar sekolah dan ahli parlimen. jadi sy letak sijil tu di belakang sekali. menunjukkan sedikit sbyk tentg siapa sy masa sekolah rendah 

Tips Temuduga ( Semasa ditemuduga)

perkenalkan diri secara profesional dan matang. ikut awk la mcm mna pun smile emoticon tp sebaiknya just cerita yg penting2 saja. nama umur asal belajar di mana dlm bidang apa. mak ayah kerja apa. dan pasal family serba sikit. awk boleh juga ckp yg awak ni dri family yg sederhana susah kaya atau sebagainya. pastu cerita apa yg menarik tntg diri awk (kelebihan, sumbangan yg awk boleh berikan). jgn cerita byk tntg kelemahan. boleh juga klu awk nk ckp serba sikit yg awk minat dan harap diberi peluang join kkm. interview ni kita kna byk ckp.. dan bahasa kita biar formal. dri segi cara kita bercakap, panel boleh kenalpasti tahap kematangan kita.
masa kenalkn diri, nak xnk mmg kna cerita pasal family tp jgn sampai meleret dan membosankan. kna pelbagaikn cara penyampaian.
salinan potostat, sahkan... resume, buat lah. jgn ikut ckp org... kita yg nk jalani temuduga. biar ada kesungguhan. mmg itu adatnya nk gi temuduga. smile emoticon sy duk tgk ada yg tak sah... ada yg tak buat resume.. bkn nk ckp tinggi tp sy rasa x sepatutnya jadi mcm tu smile emoticon kita nk minta kerja, jadi cara kita tu klu boleh, biar cara seorg pekerja. keep humble.