Dalam masyarakat tradisi
Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan
(anak dara) yang elok
dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan
dan cepat dipinang
orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita
yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut
adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur
malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa
menongkatkan badan
dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan
kaki dan bangunlah tanpa
menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu
jari kaki dengan kedua
tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi,
jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva
menggunakan sebarang
alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang
pengesat. Biarkan air
itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air
sembahyang pun, usahlah
dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.
Ini berfaedah
mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka
bercahaya dan segar
kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi,
terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air
paip ke atas kedua-dua
belah payudara agar payudara sentiasa subur dan
segar, tidak mudah
jatuh.
4. Taman Semerbak
Mewangi
Amalkan makan makanan
yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya
dan sayur-sayuran yang
wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas
dan badan juga akan
menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu
tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan
kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang
air kecil, kemutkan
berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur
seolah-olah mahu menahan
dari buang air besar, berulang-ulang juga.
Jika boleh jadikan ia
amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak
memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak
panas.SeIalu minum air
asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada
suara, jangan dilepaskan
suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara
perawan adalah bagai
bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal
Bunting Padi
Biasakan mengurut di
pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit
kawasan antara urat
keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik
untuk mempertingkatkan
prestasi kepekaan rasa apabila jima setelah
berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di
atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan
mengendurkan payudara anda.
9. Petua Kembali Gadis
Petua 1 : Ambil
secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut
dan pinang muda. Tumbuk
pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan
airnya yang pekat. Daun
pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan
diperah bagi mendapatkan
air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air.
Gunakan kapas yang
digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan
masukkan ke dalam lubang
faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan
selepas mandi petang
setiap hari hingga faraj kembali ketat.
10. Merapatkan Peranakan
Untuk wanita yang ingin
merapatkan semula peranakan (rahim) mereka
selepas bersalin amalkan
memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas
dalam setiap hidangan
makanan. InsyaAllah.
11. Menghilangkan
Kegatalan Pada Faraj
Petua 1 : Bagi kaum hawa
yang mengalami masalah rembesan cecair
kemaluan yang
menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping
daun sirih, beberapa
keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas
dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20
minit.
Gunakan air tersebut
untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut
nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.
Petua 2 : Rebus beberapa
helai daun sireh dan daun inai. Biarkan
sehingga mendidih dan
warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk
membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau
berasa tidak selesa.