Thursday, 1 October 2015

sayang

" sayang " . ya, ni tajuk nis harini... sayang.. sayang... hm ya. sayang. hehe, *dah kenapa pula nis gelak*. takda lah, just like seriously, hidup nis Allahu akbar, sentiasa dilimpahi dengan kenangan-kenangan yang indah tiap hari.. tiap hari, sejak nis azam untuk berubah menjadi lebih berani dan lebih berinspirasi.

sebenarnya, bukan lah semuanya indah. jauh dari sudut hati ni sesak juga.. banyak yang nis fikir, senang kata, mungkin apa yang nis rasa ni, satu nikmat yang Allah bagi despite of apa yang Allah uji.
semacam terasa instinct, ada someone menyahut, " ya sayang, betul lah tu " *senyum*


" sayang ". ya itu panggilan sahabat yang seorang tu pada nis. katanya dia sayang nis, nis pun macam tu juga. 

tak sanggup kehilangan sahabat yang macam dia. boleh terima nis seadanya.. macam ni la dikatakan " sahabat '' .

entah la, hidup kita tak sama.. tapi hidup nis, macam ni. berapa ramai sahabat lelaki nis ada. mungkin juga disebabkan nis berada di persekitaran yang baik.. hm, alhamdulillah. terima kasih ya Allah kerna mengurniakan mereka di sisi nis.
awak, ingat tak nis pernah kata, persahabatan antara lelaki dan perempuan itu ada, cuma hati dan fikiran kita perlu senada.. jangan dibiar hanyut begitu saja. rugi.. 


sedangkan dalam Al-Quran, Allah ada sebut "diciptakan lelaki dan perempuan supaya kita berkenal-kenalan " , nis tak pandai nak mentafsir dengan ilmu yang tepat, cuma nis mampu terjemahkan ayat tu dengan akal yang sihat. 

nis pernah gak kata yang, bila kita jadikan mereka sebagai 'sahabat', percayalah banyak pengetahuan yang kita akan dapat. daripada kita biarkan mereka jadi umpama kumbang-kumbang yang keliru bauan-bauan wangi dari mawar, melati, mahupun spesis limau... eh eh, kan? limau pun wangi. *senyum* .


ya, maksud nis, daripada kita biar mereka berterbangan mencari bunga yang tidak sepatutnya, kadangkala kita sendiri yang perlu menjadi bunga yang menyenangkan mereka. menyenangkan mereka sebagai "sahabat", bukannya sebagai wanita emm.... faham tak? tak faham? alaaa.. takpa lah. hee 

panjangnya bebel... nis cuma nak cakap yang nis akan rindu dia. nis harap dia happy happy ja, moga dia dapat jaga hati dia, bila nis takda. nama dia, dan nama sahabat2 memang selalu nis sebut dalam doa... moga kita berjumpa di syurga. in syaa Allah.. 


" dia, terima kasih sebab jadi sahabat aku.. moga satu hari nanti, Allah akan gantikan si dia tu dengan bunga yang lebih mewangi.. jangan sedih-sedih, aku jauh, tapi kita dekat dalam doa.. usahalah untuk baiki diri tu, jangan tersasar.. sama-sama lah kita ke arah bahagia " .